Kelab peminat NCT termasuk di luar negara berpakat mahu hulur bantuan banjir untuk warga Malaysia

May be an image of 13 people

Media sosial hari ini dibanjiri dengan sokongan padu daripada seluruh pelusuk rakyat Malaysia untuk memberikan bantuan banjir kepada mereka yang memerlukan.

Tidak ketinggalan juga kelab peminat kpop yang berpengaruh, NCTzen (yakni kelab peminat NCT) yang turut terbabit menawarkan cara mudah untuk peminat NCT atau kpop di luar negara bagi menghulurkan bantuan banjir. Ia merupakan inisiatif daripada peminat NCT di Malaysia memandangkan terdapat permintaan daripada NCTzen dari luar negara yang ingin menghulurkan bantuan.

Berikutan dengan itu, inisiatif kelab peminat itu mendapat perhatian netizen di media sosial menyebabkan tanda pagar #NCTzenBantu diselangi dengan #DaruratBanjir tertular di laman twitter, menjadikan NCT satu-satunya tindakan kelab peminat kpop yang paling menonjol setakat ini.

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut dan mahu menghulurkan bantuan, boleh hubungi pihak terbabit.

loading...