Buat bising sehingga ganggu jiran, Sung Si Kyung mohon maaf

May be a close-up of 1 person and glasses

Sung Si Kyung membuat permohonan maaf berhubung kontroversi membuat bising di rumahnya sehingga mengganggu jiran yang tinggal berdekatan.

Menjelaskan kenapa rumahnya begitu hiruk-pikuk ketika itu, Sung Si Kyung berkata, “Band kugiran saya tak dapat berjumpa di luar kerana Covid-19, jadi kami berkumpul di dalam rumah selepas saya tawarkan untuk menyediakan mereka makan malam. Mungkin salah saya bukak ‘volume’ muzik Youtube terlalu kuat walaupun selalunya saya pakai ‘headphone’ di tingkat 2. Saya tak dengar muzik selalu, kebanyakannya meluangkan masa di luar. Disebabkan kita tinggal di officetel, saya akan berhati-hati lagi selepas ini memakai alat kalis bunyi dan selipar. Maaf kepada jiran-jiran saya.”

Permohonan maaf tersebut dibuat oleh Sung Si Kyung menerusi laman instagram-nya.

Sebelum ini, tular di laman komuniti forum mendakwa seorang artis popular telah membuat bising sehingga mengganggu jirannya. Luahan netizen itu selepas kontroversi melibatkan pelakon Kim Kyung Nam tempoh hari.

“Situasi sama macam aku. Penyanyi S tinggal di atas rumah aku dan dia selalu main muzik macam bunyi ketukan berhari-hari. Aku pernah mengadu kepada pejabat pengurusan, lalu pengurus hanya belikan aku kek dan mohon maaf saja. Aku pernah cuba balas balik dengan mengetuk dinding beberapa kali tapi tak berhasil pun. Malah, sehingga hari ini, muzik tetap dimainkan dengan kuat dan aku pernah terfikir untuk hubungi pihak polis. Setiap kali penyanyi itu muncul dalam iklan, aku sampai nak pecahkan TV. Dia pernah nyanyi “Selamat Malam” tetapi aku memang tidak boleh tidur,” kata netizen itu yang membuat sesi luahan itu.

Sung Si Kyung merupakan penyanyi yang agak popular di Malaysia suatu ketika dulu disebabkan lagu OST nyanyiannya seperti “You’re My Spring” OST Secret Garden, “To You” OST Reply 1994 dan “Every Moment Of You” OST My Love From The Star. Beliau turut menyumbangkan OST untuk drama terbaru lakonan Jung Hae In dan Jisoo Blackpink, jtbc Snowdrop.

Sumber: instagram, sport khan

loading...