[Gempar] Honey Lee berkahwin dengan seseorang bukan selebriti hari ini walaupun baru setahun menyulam kasih

May be a close-up of 1 person

Pelakon ternama, Honey Lee atau nama sebenarnya, Lee Hanui, telah pun melangsungkan perkahwinan dengan seseorang bukan selebriti hari ini, 21 Disember 2021.

Pemenang Best Supporting Actress CARI Kdrama menerusi watak gisaeng di dalam MBC The Rebel itu memutuskan untuk berkahwin selepas masing-masing sudah pun saling mencintai dan mempercayai antara satu sama lain. Kedua-dua mempelai tersebut menjalani hubungan sejak awal tahun 2021 ini.

“Disebabkan dalam keadaan sukar dengan majlis kahwin tidak boleh diadakan, kedua-duanya telah pun bernikah di Seoul dengan dihadiri oleh keluarga saja,” kata jurucakap agensinya, Saram Ent yang menasihati netizen supaya tidak berspekulasi tentang identiti sebenar suami kepada Honey Lee.

Honey Lee pernah menjalani hubungan cinta dengan pelakon dan bekas penyanyi G.O.D, Yoon Kye Sang selama tujuh tahun sebelum hubungan itu terputus di tengah jalan pada Jun 2020. Bekas ratu cantik Korea itu baru-baru ini membintangi drama SBS One the Woman bersama dengan Lee Sang Yoon.

Sumber: sport chosun

loading...