Kenangilah pemergian mereka, ONF akan menghilangkan diri tak lama lagi

May be an image of 5 people and indoor

ONF terpaksa menghentikan aktiviti berkumpulan mereka selepas hampir kesemua ahlinya dijadualkan menyertai khidmat ketenteraan secara berkala bermula minggu ini.

Bagi memenuhi permintaan peminat, ONF sempat mengeluarkan album mini keenam, ‘Goosebumps’ pada 3 Disember 2021 dan mengadakan konsert solo terakhir.

Aktiviti terakhir ONF bersama peminat. Kesemua ahli ONF akan menunaikan kewajipan mereka dalam masa terdekat.

“Agak mengecewakan bila kami tak sempat nak pelbagaikan aktiviti album ‘Goosebumps’. Inilah aktiviti yang paling kami kenangi dan akan buatkan kami gembira,” kata ONF pada 19 Disember 2021 sewaktu perjumpaan terakhir dengan peminat.

Bermula dengan MK pada 21 Disember, J-Us dan Wyatt pada 27 Disember, Hyojin dan E-Tion pada 28 Disember, kesemua ahli ONF berbangsa Korea akan menunaikan khidmat ketenteraan pada waktu yang ditetapkan. Hanya Mizuguchi Yuto (U) yang akan bergerak solo sekurang-kurangnya selama setahun setengah.

Sumber: moneytoday

loading...