Berikut ialah kelab-kelab peminat kpop seMalaysia yang aktif berbakti, hulur bantuan banjir untuk warga Malaysia

May be an image of 10 people and people standing

Kelab-kelab peminat kpop mengeksplotasikan pengaruh mereka masing-masing di media sosial bagi mempercepatkan bantuan baik dari segi penyampaian maklumat mahupun dana diperolehi.

Jumlah dana bantuan diperolehi oleh kesemua kelab peminat ini telah dianggarkan mencecah RM100,000. Dana-dana bukan saja disumbangkan oleh warga Malaysia, malah peminat kpop di seluruh dunia. Usaha mereka telah pun mendapat perhargaan daripada beberapa NGO terbabit dan seharusnya menjadi contoh buat anak-anak muda.

Berikut ialah antara kumpulan kpop terbabit…

1. NCT

Inisiatif kelab peminat NCT yang dipelopori NCTzens Malaysia antara yang paling berjaya dengan tanda pagar #NCTzenBantu menjadi sohor kini sejak 19 Disember 2021. Difahamkan, mereka telah berjaya mengumpulkan dana bantuan RM56,000 dan sebanyak RM22,000 menerusi dua pemegang amanah berbeza. Dana-dana tersebut bakal disalurkan kepada NGO menguruskan bantuan banjir bertempat di Selangor dan Pahang.

Baca lagi: Kelab peminat NCT termasuk di luar negara berpakat mahu hulur bantuan banjir untuk warga Malaysia

2. BTS

Untuk BTS pula, kelab peminat mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM12,500. Kesemua dana tersebut bakal disalurkan kepada NGO-NGO terbabit seperti ABIM, Mercy Malaysia, Global Peace Malaysia, My Fund Action, BUDICARE, Majlis Belia Malaysia dan lain-lain lagi.

3. Stray Kids

Kelab peminat Stray Kids (SKZ), iaitu Stays Malaysia berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM7,600 dan sejumlah dana telah disalurkan kepada  sekolah-sekolah terjejas akibat banjir di Pahang. Jasa baik mereka turut mendapat perhatian NGO terbabit yang berterima kasih kepada mereka.

4. EXO

Kelab peminat EXO setakat ini dengan tanda pagar #EXOXMERRIESforDaruratBanjir berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM12,000. Sebahagian daripadanya sudah didermakan kepada My Fund Action, manakala sebahagian lagi kepada Mercy Malaysia.

5. Blackpink

Tidak ketinggalan kelab peminat paling berpengaruh di Malaysia, Blackpink turut menghulurkan bantuan dalam bentuk kelengkapan perubatan kepada mangsa-mangsa banjir. Tidak dipastikan berapa banyak sudah berjaya dikumpulkan, kebanyakannya sudah diserahkan kepada NGO-NGO terbabit.

6. DreamCatcher

Kelab peminat Dreamcatcher berpaksikan di luar negara, mengusahakan dana untuk warga Malaysia yang tertindas akibat banjir. Dana bantuan banjir akan dikemaskinikan.

7. ATEEZ

Selain BTS, ATEEZ antara kumpulan kpop berpengaruh di Malaysia, menerusi kelab peminatnya telah berusaha mengajak netizen bersama-sama menghulurkan bantuan kepada pihak terbabit.

8. ENHYPEN, TREASURE,  TXT, SEVENTEEN, THE BOYZ, CRAVITY & RAMAI LAGI

Kumpulan kpop generasi baru turut menghulurkan bantuan kepada pihak terbabit.

loading...