Laluan getir buat jtbc Snowdrop di Korea, ratusan ribu orang tandatangani petisyen mahu hentikan tayangan terus

May be a close-up of 2 people

Drama jtbc Snowdrop berhadapan dengan laluan getir di Korea apabila ratusan ribu netizen menggesa kerajaan untuk menghentikan tayangan drama tersebut di Korea menerusi petisyen yang dihantar ke ‘Blue House’.

“Ketika demontrasi besar-besaran untuk Perjuangan Kebebasan Demokrasi, banyak mangsa telah didera dan dibunuh kerana menjadi perisik. Membuat drama walaupun berdasarkan fakta sejarah akan merendah-rendahkan perjuangan tersebut. Malah, lagu latar belakang dimainkan ketika hero sedang lari merupakan lagu tentang kesakitan dan kemenangan bagi mereka yang memperjuangkan kebebasan. Tidak boleh diterima lagu itu diselit buat seseorang yang bekerja di bawah Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1980-an meskipun sebagai perisik. Kami berpendapat drama ini tidak perlu ditayangkan lagi, kerana dikhuatiri menyebarkan fakta yang salah mengenai sejarah Perjuangan Kebebasan Demokrasi di Korea,” tulis petisyen tersebut yang setakat ini telah menjana lebih 100,000 tandatangan.

Ini bukan kali pertama petisyen yang sama dimuatnaik untuk menghentikan tayangan itu. Pada Mei 2021 lalu, ratusan ribu orang telah menandatangani petisyen berkenaan sehingga menggesa pihak kerajaan untuk campur tangan. Pihak kerajaan bagaimanapun membenarkan penayangan drama dengan bersyarat yakni produser perlu memastikan drama kendaliannya tidak mengubah fakta sejarah.

jtbc Snowdrop adalah sebuah drama yang berlatarbelakangkan kisah yang berlaku di Seoul pada tahun 1987 ketika Korea Selatan ditadbir oleh kerajaan diktator. Drama ini mengisahkan kisah cinta antara Su Ho (Jung Hae In), seorang pelajar di universiti berprestij yang bergegas ke sebuah universiti wanita dalam berlumuran darah pada suatu hari, dan Young Ro (Jisoo BLACKPINK) , pelajar universiti wanita yang menemuinya dan membantu menyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan bahaya di bawah pengawasan rapi.

Snowdrop boleh ditonton menerusi cenel Disney+ Malaysia setiap Sabtu dan Ahad.

Sumber: sport chosun

loading...