Lapan tahun bersama dengan FNC, Yuna akhirnya bercerai kasih dengan AOA

Image may contain: 1 person

Yuna (atau nama sebenarnya Seo Yuna, 28 tahun) memutuskan untuk menamatkan kontraknya bersama FNC hari ini.

“Terima kasih kepada Yuna kerana aktif menjadi penyanyi dan pelakon di bawah agensi kami selama 8 tahun. Kami akan sentiasa menyokong aktiviti masa depan Yuna,” sebut jurucakap agensi itu. Yuna turut memuatnaik surat secara terbuka di laman instagramnya, “Mulai hari ini, aku akan ambil masa untuk bergerak secara perlahan-lahan. Aku akan cuba buat apa yang aku mahukan dan gunakan masa sepatutnya.”

Ruang komen hantaran itu kemudiannya dikomen oleh Lee Hong KI FT Islands yang turut berduka dengan pemergian Yuna daripada agensi mereka. “Aku tengah berduka. Apapun, mari kita buat apa yang kita mahukan,” katanya.

Dengan keluarnya Yuna, maka AOA kini hanya dibarisi oleh tiga orang ahli saja iaitu Seolhyun, Hyejeong dan Chanmi. AOA berhadapan dengan kontroversi pada tahun 2020 ini apabila Kwon Mina mengaku menderita sehingga ingin membunuh diri akibat dibuli oleh Jimin. Kontroversi tersebut membawa kepada pengunduran Jimin daripada AOA serta-merta.

Sumber: mydaily

loading...