Big Hit tubuhkan kumpulan Jpop baru, dibarisi lima jejaka kacak dari ‘I-LAND’ dan selebihnya dari uji bakat

Image may contain: 10 people

Big Hit mengumumkan projek ‘debut’ kumpulan jpop terbaru di bawah naungan agensinya yang bakal dibarisi oleh lima jejaka jambu yang diambil daripada peserta-peserta program realiti tv ‘ILAND’.

Kumpulan itu bakal dianggotai oleh K (berbangsa Jepun dan merupakan bekas atlet maraton), Nicholas (berbangsa China dari Taiwan), EJ (Byun Eun Joo, bekas atlet lawan pedang), Kyungmin (penari), dan Ta-Ki (berbangsa Jepun). Selain daripada mereka, mungkin seorang atau dua orang lagi akan menyertai kumpulan itu menerusi uji bakat dinamakan sebagai ‘N Audition’ berlangsung pada 1 hingga 17 Jan 2020 ini.

Kumpulan itu yang belum diberikan nama lagi bakal dikendalikan di bawah agensi ‘Big Hit Japan’ dan dilatih oleh mentor terkemuka, yakni CEO Bang Si Hyuk, Pdogg dan Son Sung Deok. Ryosuke Imai dan UTA turut membantu di dalam seni kreatif kumpulan itu, dengan Sakura Inoue dan Soma Genda masing-masing bertindak sebagai pengarah persembahan dan produser.

Sumber: newsis

loading...