Pasang video kamera di dalam bilik air, Park Dae Sung ‘Gag Concert’ dihukum penjara 2 tahun

Image may contain: 1 person, eyeglasses

Park Dae Sung (30 tahun), selebriti tukang lawak, telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah memasang video kamera di dalam bilik air perempuan di dalam bangunan penyelidikan KBS.

Menurut penghakiman dibacakan oleh hakim Ryu Hee Hyun dari Mahkamah Seksyen Selatan Seoul, Park Dae Sung telah didakwa di bawah Akta Keganasan Sekual dan didapati bersalah kerana merakam video lucah atau menyebarkannya tanpa kebenaran mangsa. Park Dae Sung turut dihukum dengan 40 jam rawatan terapi seks selain ditegah untuk menghampiri institusi melibatkan kanak-kanak dan remaja sebaik saja selesai menjalani hukuman.

“Defendan telah menceroboh tandas dan memasang video kamera kecil semata-mata untuk mengintai mangsa-mangsa menukarkan pakaian mereka. Mangsa-mangsa masih lagi menanggung malu dan trauma, takut untuk menukar pakaian mereka lagi di dalam bilik air awam untuk urusan harian. Maka, hukuman penjara tidak dapat dielakkan,” tegas Ryu Hee Hyun.

Park Dae Sung akur dengan keputusan mahkamah dan akhirnya beredar.  Park Dae Sung mula bekerja sebagai tukang lawak sejak menyertai KBS pada tahun 2018. Beliau dikenali menerusi program realiti KBS, ‘Gag Concert’.

Sumber: money today

loading...