10 Artis Korea ini Pernah Hidup Susah Dulu Sebelum Menempa Kemasyhuran & Kini Memiliki Harta Jutaan Ringgit

May be an image of 6 people

Dalam rancangan khas ditayangkan oleh KBS2 ‘Year-round Live’ pada 13 November 2020 lalu, 10 orang artis Korea yang pernah hidup susah dulu sebelum menempa kemasyhuran dan kini memiliki harta jutaan ringgit telah disenaraikan. Mari lihat senarainya di bawah.

10.  Lim Young Woong

Lim Young Woong mula menempa populariti selepas dinobatkan sebagai  juara rancangan realiti tv TV Chosun Mr. Trot pada pertengahan tahun ini dan menjadi penyanyi lagu tradisional trot Korea yang digilai oleh jutaan peminat di Korea sejak daripada itu. Jika Malaysia dahulu pernah tergila-gila dengan Mawi sehingga tercetusnya fenomena Tsumawi, begitu juga Lim Young Woong dengan figura yang merangkumi popularitinya daripada kesemua lapisan umur. Kedua-duanya pun datang daripada keluarga miskin yang mana Mawi berasal daripada kawasan Felda Taib Andak, Johor manakala Lim Young Woong pula berasal daripada kawasan pergunungan Pocheon, Gyeonggi.

Lim Young Woong pernah menceritakan kehidupan susah keluarganya dahulu tentang bagaimana dia terpaksa mengabaikan ibunya untuk tinggal bersama pak long pada usia 5 tahun. Dia sempat mengambil gambar ibunya dan menyaksikan ibunya menangis tiap-tiap hari. Sebelum menyertai TV Chosun Mr. Trot, Lim Young Woong pernah menjual ubi keledek manis untuk menampung hidup dan menyambung pelajaran di Kyungbok University.

Kini, Lim Young Woong sering menjadi perhatian, malah acapkali menduduki kedudukan tertinggi sohor kini di dada akhbar dan media digital Naver membuktikan popularitinya tetap senada dengan kemenangan Bonsang di Soribada Best K-music Awards tempoh hari. Beliau juga turut tercalon Artist of The Year dalam MAMA 2020 baru-baru ini.

9.  Jo Jung Suk

Jo Jung Suk, pelakon yang sangat disegani kerana telatah dan ketrampilannya, bermula kerjaya sebagai pelakon teaser sebelum menempa nama di dalam industri kdrama dan perfileman kemudiannya.

Baca lagi: Jo Jung Suk: Bermula dari pemain gitar kepada pelakon versatil yang disegani

Kehidupan susah Jo Jung Suk bermula sejak kematian mengejutkan ayahnya pada usia 20 tahun dan anak saudaranya yang dianggap sebagai adik sendiri juga meninggal dunia tak lama selepas itu. Malah, Jo Jung Suk juga dikecualikan daripada berkhidmat dengan ketenteraan kerana kesempitan hidup yang dialaminya pada masa itu yang mendesaknya untuk bekerja separuh masa termasuklah menyanyi di kelab-kelab serta menjadi buruh binaan.

Kini Jo Jung Suk boleh berbangga dengan hasil usahanya yang membuahkan hasil, dan sudah pun bergelar ayah kepada seorang anak perempuan.

8.  Chu Ja Hyun

Chu Jae Hyun pernah mengaku pendapatan yang diraih sebagai pelakon tidak cukup menampung hidupnya di Korea ketika itu. Didesak dengan masalah keluarga lagi, Chu Jae Hyun membuat keputusan untuk mengambil beberapa projek lakonan di tanah besar China. Tuahnya mengena apabila kebanyakan drama lakonannya menjadi antara terpopular di sana. Populariti yang dikecapi di China itu juga menyebabkan dia dipanggil sebagai Qiu Cixuan dan kini mungkin sudah berpuas hati memiliki suami, Yu Xiaoguang yang juga berasal dari sana.

7.  Suga BTS

Tak perlu lagi diperkenalkan nama penyanyi ini, Suga atau nama sebenarnya Min Yoong Gi, ketika masih lagi menjadi pelatih Big Hit pernah menampung kewangannya yang menyusut ketika itu dengan bekerja sebagai penghantar barang ibarat macam Grab atau FoodPanda di Malaysia.

Baca lagi : Asalnya penggemar kebab kambing, Suga BTS kini tanpa segan silu mengaku suka mentekedarah makanan HALAL

Sewaktu menghantar barang ke pelanggan dengan motosikal, Suga terbabit di dalam kemalangan menyebabkan otot bahunya terkehel dan ianya cuba disembunyikan daripada pengetahuan Big Hit bagi mengelakkan dirinya terlepas peluang untuk ‘debut’. Namun, atas sokongan berterusan daripada CEO Bang Si Hyuk, Suga kini bersama dengan BTS dan telah pun membeli bangunan mewah bernilai 3.4 billion won (~RM12.646 juta) dengan duit sendiri secara tunai. 

Baca lagi: Suga BTS jamin akan kembali semula selepas pulih, abangnya pula bagi gambar ‘Holly’ sebagai tanda sokongan

6. Lee Jung Jae

Lee Jung Jae, pelakon drama SBS Sandglass dan jtbc Chief of Staff ini, direkruit menjadi model ketika sedang bekerja sebagai pelayan restoren di cafe Apgujeong, Seoul pada tahun 1993.

Beliau pernah menghadapi kesukaran hidup kerana masalah kewangan tidak mengizinkan ketika itu, malah beliau juga terpaksa menjaga adiknya yang mengalami penyakit autism. Namun, kini beliau boleh berbangga memiliki harta estet bernilai 45 billion won (~RM167.376 juta) selain digosipkan bercinta dengan janda kepada chaebol syarikat konglemerat Samsung.

5.  Yoo Jae Suk

Yoo Jae Suk, salah seorang pelakon Running Man dan juga hos rancangan realiti tv popular ini, pernah bersusah-payah untuk menunaikan impiannya menjadi pelawak terkemuka. Beliau pernah digagalkan ketika menyertai KBS College Comedy Festival pada tahun 1991 buat kali pertama.

Namun, ia tak mematahkan semangat Yoo Jae Suk untuk terus berkarya sehingga tidak mengenal erti penat lelah selagi penontonnya tidak terhibur dengan telatahnya. Kini boleh berbangga dengan pendapatan tetap melebihi 10 million won (~RM37,194) untuk satu episod yang dibintangi atau dihoskan olehnya.

4. Won Bin

Bergelar pelakon Korea paling cerewet sekali, Won Bin suatu ketika dulu pernah berada dalam kesempitan hidup apabila terpaksa bersekolah sambil bekerja separuh masa bagi menampung kekurangan keluarganya dengan lima orang adik-beradik yang perlu dijaga.

Kini, hasil pendapatan yang diraih sebagai pelakon, Won Bin membeli sebuah rumah agam untuk dihadiahkan kepada ibubapanya yang tinggal di Jeongseon, Gangwon.

3. Jung Woo Sung

Sebelum menjadi model dan pelakon ternama, Jung Woo Sung tidak segan mengaku pernah tinggal di rumah setinggan di kawasan kejiranan miskin di Seoul. “Kemiskinan ayahku adalah kemiskinan aku,kerana itu jua ada sesuatu yang dapat mengatasinya,” katanya.

Seperti juga Won Bin, Jung Woo Sung juga terpaksa bekerja separuh masa seperti menjual burger di jalanan bagi menampung hidup keluarganya yang miskin. Kini, Jung Woo Sung dan rakan baiknya, Lee Jung Jae boleh berpuas hati memiliki apartment mewah di Samseongdong bernilai 5 billion won (~RM18.597 juta).

2. Jang Yoon Jung

Jang Yoon Jung tidak dikenali di antara penggemar muzik kpop tetapi beliau merupakan penyanyi lagu tradisional trot yang sangat disegani di Korea. Jang Yoon Jung pernah menghabiskan keringat dengan berbuat macam-macam kerja (10 kerja dalam satu masa) pada usia baru awal 20-an bagi menyelesaikan hutang yang sepatutnya ditanggung oleh ayahnya. Malah, Jang Yoon Jung pernah jatuh sakit kerana tidak cukup nutrisi di dalam diet permakanannya.

Kini Jang Yoon Jung sudah mampu menjana pendapatannya sendiri. Buat peminat ARMY sekalian, anak lelakinya Yeon Woo merupakan peminat tegar Jimin dan Taehyung BTS dam pernah ditangkap meniru gaya yang dibuat oleh idola kesayangannya itu.

1. IU

Lakonan IU nama sebenarnya Lee Ji Eun yang begitu emosi di dalam tvN My Mister sehingga tercalon Best Actress Baeksang Awards dan CARI Kdrama Awards, bukanlah sengaja dibuat-buat, tetapi ia adalah cetusan daripada pengalamannya menjalani kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sejak kecil lagi.

Penyanyi idola solo perempuan yang paling berjaya di Korea ketika ini, pernah tinggal di rumah sebilik dengan nenek, adik dan sepupunya selama setahun ketika ibubapanya membanting tulang bekerja di luar negara menjual barangan aksesori.Setelah IU menempa populariti sebagai penyanyi tersohor di Korea, ibunya, Kim Mi San tak mahu berhenti kerja malah menjadikan anaknya sebagai pesaing untuk berjaya. “Dia bekerja kerana dia tak nak kalah dengan aku, ” kata IU dalam satu temubual.

Kini, IU boleh berbangga dengan pendapatan melebihi 10 billion won (~RM37.194 juta setahun) hasil jualan lagu, album serta berbagai-bagai konsert.

TRIVIA: Dalam senarai ini, IU pernah bergandingan Jo Jung Suk untuk drama KBS You Are The Best! dan juga Suga BTS untuk lagu hit popular, Eight.

Sumber: mk news

loading...