Suga BTS jamin akan kembali semula selepas pulih, abangnya pula bagi gambar ‘Holly’ sebagai tanda sokongan

Suga BTS menjelaskan lebih lanjut berhubung pengumuman daripada Big Hit sebentar tadi menggunakan akaun Weverse-nya.

Bermula dengan permohonan maaf kerana membuatkan peminatnya bimbang, Suga meyakinkan mereka bahawa pembedahan memperbetulkan otot bahunya yang terkoyak telah berjaya dilakukan.

“Nasib baik pembedahan berjalan dengan lancar. Walaupun sedikit sakit, tapi aku rasa lega sangat kerana selama beraksi di atas pentas, aku cuma buat rawatan terapi dengan harapan dapat mengelakkan pembedahan. Rupanya, ia bertambah lagi sakit setiap kali berada di atas pentas. Aku jadi takut. Kemudian, daripada keempat-empat hospital yang aku pergi, ketiga-tiganya sarankan aku buat pembedahan. Maka, aku pun buatlah… (Ya selepas aku fikir panjang-panjang),” katanya.

Mengakhiri penulisannya, Suga memberi jaminan akan kembali semula secepat mungkin.

“Maaf kerana tak dapat sertai aktiviti BTS untuk sementara. Aku berasa sangat sedih….Aku mungkin akan mengundurkan diri sementara untuk pulih, tapi tetap akan kembali nanti! Terima kasih, ARMY!,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Min Geum Jae juga tumpang mendoakan kesejahteraan adiknya itu. “Segala-galanya akan baik semula,” tulisnya di laman instagram miliknya disertakan dengan gambar anjing “Holly” peliharaan adiknya itu sebagai tanda sokongan buatnya.

Sumber: Weverse

loading...