Sepuluh tahun menyamar jadi anti, peminat Victoria Song berjaya menyusup jadi ‘admin’ & buang kesemua mesej kutukan dalam sekelip mata saja

Victoria Song (atau nama sebenarnya Song Qian) sudah semestinya harus berbangga mempunyai peminat berdedikasi seperti begini.

Menurut weibo, peminat itu dinamakan sebagai C dengan penuh gigih sekali cuba menyusup laman web kelab anti Song Qian yang ditubuhkan sejak sepuluh tahun lalu dengan menyamar sebagai anti. C difahamkan sengaja meletakkan komen-komen berunsurkan kebencian pada Song Qian semata-mata untuk mendapat kepercayaan admin laman web itu, namun terpaksa bertahan daripada membalas balik mana-mana kutukan ditujukan kepada idola kesayangannya itu.

 

Setelah sepuluh tahun ‘menabur bakti’, C dinaikkan pangkat jadi salah seorang admin laman web, dan bermulanya misi yang belum tertunai sejak sekian lama iaitu memporak-perandakan laman web tersebut. Tanpa disedari oleh rakan admin lain, C telah memadamkan 15,000 mesej kutukan terhadap Song Qian dalam tempoh seminggu saja. Mendengar berita itu, segerombolan peminat Song Qian berpusu-pusu menguasai laman web itu dan akhirnya menjadikannya sebagai sarang terbaru yang mesra kepada Song Qian.

Sebelum kejadian itu berlaku, laman web kelab anti itu sememangnya menjadi lubuk tempat mereka melepaskan geram dan kutukan terhadap Song Qian dengan berjaya menghasilkan 840,000 mesej kutukan selain lebih 40,000 orang anti terbabit dan secara puratanya, lebih ratusan hantaran kutukan dikeluarkan tiap-tiap hari.

Victoria Song kini menumpukan segala aktiviti seninya di China setelah menamatkan kontrak bersama SM Entertainment. Beliau pernah mengunjungi Korea pada akhir tahun lalu bagi menghadiri majlis pengkebumian bekas rakan sekumpulan dalm f(x), Sulli yang meninggal dunia kerana bunuh diri.

Sumber: weibo

loading...