“Kami sudah pun berkahwin” – Jo Jung Suk

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai, Jo Jung Suk dengan wanita yang dikasihinya sejak lebih lima tahun lalu, Gummy. Lima tahun tidaklah terlalu lama bagi kedua-dua mempelai ini untuk mengambil keputusan dalam hidup mereka dalam membina kebahagian hakiki.

Agensi JS Company yang mewakili Jo Jung Suk dan C-Jes Entertainment yang mewakili Gummy membuat pengumuman secara serentak bahawasanya kedua-duanya telah pun mengikat tali perkahwinan secara rasmi pada hari ini dengan majlis keraian mereka dihadiri oleh keluarga terdekat.

Jo Jung Suk, pelakon yang tercalon Best Actor CARI Kdrama Awards menerusi SBS Jealousy Incarnate dan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards menerusi MBC The King 2 Hearts ini seringkali ditanya-tanya bilakah mereka akan bernikah setelah lebih 5 tahun bercinta sebelum akhirnya mengotakan janji peminatnya pada hari bersejarah ini.

Gambar-gambar perkahwinan dipetik sewaktu mereka mengadakan ‘wedding photoshoot’ di pulau Jeju, Korea Selatan.

Sumber: sport hankooki

https://kmania.info/2016/11/28/jo-jung-suk-bermula-dari-pemain-gitar-kepada-pelakon-versatil-yang-disegani/

 

loading...