Park Jiheon V.O.S dedah gambar anak bujangnya, Vitchan yang kini sudah membesar dengan sihat

Park Jiheon telah memuatnaik gambar swafotonya bersama anak sulung tersayang di instagram pada 22 Feb 2022 hari ini.

Bekas penyanyi idol daripada kumpulan kpop V.O.S itu berkata, “Ayah jadi semakin gemuk dan anak pula jadi semakin sasa” sebagai kapsyen gambar tersebut sambil disertakan dengan beberapa tanpa pagar untuk meneruskan program dietnya dan menguruskan badan. Park Jiheon sebelum ini pernah mengutarakan rasa kekecewaannya kerana memiliki tubuh badan yang semakin gempal.

Vitchan pula merupakan anak lelaki pertama daripada enam orang adik-beradik yang lahir pada tahun 2006 ketika V.O.S sedang menempa populariti. V.O.S ialah kumpulan kpop R&B yang mula ‘debut’ pada tahun 2004 dan dibarisi oleh tiga orang anggota iaitu Park Jiheon , Choi Hyun Joon dan Kim Kyung Rok.

Isterinya, Seo Myung Sun yang dikenali sebagai rakan pena Park Ji Heon sejak 19 tahun lalu telah memutuskan untuk berkahwin sebaik saja mengetahui dirinya hamil dengan Vitchan pada Oktober 2005.

Sumber: xsportnews

loading...