Menyeramkan, penjenayah gila seks Nth Room ini juga sedang buru mangsa-mangsanya dari kalangan idol & pelakon

Beberapa selebriti Korea tampil membuat dakwaan bahawa mereka memang diekori atau sekurang-kurangnya telah diikuti oleh penjenayah gila seks Nth Room ini, Cho Joo Bin di laman sosial masing-masing.

Identiti sebenar penjenayah tersebut telah didedahkan secara terbuka menyebabkan namanya mendapat carian tertinggi dan liputan meluas di dalam media sejak semalam.  Maka, instagram miliknya yang dipaparkan secara umum oleh netizen, dilaporkan telah mengikut  4,100 orang perempuan termasuklah daripada kalangannya ialah golongan idol dan pelakon.

Lee Yoo Bi dan adiknya, Lee Da In.

Antaranya, Lee Yoo Bi yang mengesahkan instagram adiknya, yang juga seorang pelakon, Lee Da In, telah diikuti oleh Cho Joo Bin secara tidak langsung. Sebaik saja diberitahu peminat mereka, Lee Yoo Bi cepat-cepat bertindak. “Saya dah ‘block’. Terima kasih kerana beritahu,” katanya.

Kim Ha Young dan Shin A Young.

Kim Ha Young dan Shin A Young turut mengakui instagram mereka juga pernah diikuti oleh Cho Joo Bin. “Menyeramkan. Syaitan ini berlegar-legar dengan muka macam orang biasa. Aku harap kau diadili di mahkamah nanti,” kata Kim Ha Young dengan nada yang marah.  “Nak muntah, akaun Nth Room dah ikuti aku sejak lama lagi. Aku cepat-cepat ‘block’ tapi tak senang nak lupakannya,” ujar Shin A Young pula dengan nada yang jelik.

Telegram “Nth Rom” telah dijadikan sebagai sarang di mana pengguna-penggunanya akan berkongsi video-video lucah membabitkan mangsa-mangsa pemerdagangan seks yang telah diperas-ugut identiti mereka dengan pengguna-pengunanya perlu membayar sejumlah wang untuk dibenarkan akses ke dalamnya. Berdasarkan laporan media, video-video lucah tersebut telah dijual kepada lebih 250,000 orang lelaki dan video lucah keganasan mengerikan, seperti sebilah gunting ditusuk pada permukaan faraj, mangsa dipaksa memakan tahi, mangsa ditoreh tatu ‘hamba’ ketika dirogol, mangsa dengan putingnya bengkak akibat digunting antara yang mendapat tuntutan tertinggi. Daripada 74 orang mangsa yang dikenalpasti, 16 ialah kanak-kanak telah diklasifikasikan sebagai mangsa pedofil.

Cho Joo Bin, atau dikenali sebagai “Baksa”. Gambar dikreditkan pada Yonhap news.

Pada 19 Mac lalu, pemilik ‘chatroom’ berkenaan, ‘Baksa’ telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Identitinya kemudian dikenalpasti sebagai Cho Joo Bin, bekas graduan kolej teknikal Inha yang pernah menulis di beberapa ruang akhbar kolejnya. Tindakan polis untuk mendedahkan identiti penjenayah adalah pertama kali dibuat di bawah Akta Khas Jenayah Keganasan Seksual  berikutan desakan daripada 2 juta rakyat Korea menandatangani petisyen berkenaan. Petisyen berlainan yang mendesak kesemua pengguna-pengguna telegram dihukum juga dibuat serentak dengan itu, dan telah disokong oleh ramai selebriti seperti Baekhyun dan Chanyeol daripada kumpulan EXO.

Jurucakap polis yang dipetik berkata, “Bilangan mangsa-mangsa yang tak dikenalpasti itu semuanya hamba-hamba seks. Perbuatan jenayahnya sangat serius kerana telah menghasilkan dan mengedarkan video-video lucah itu untuk tatapan orang. Tambahan lagi, lebih 70 mangsa termasuklah budak-budak kecil dan kanak-kanak remaja.”

Selain Cho Joo Bin, polis juga sedang mencari pemilik asal ‘chartoom’ berkenaan yang diberikan nama sebagai ‘God God’.

Sumber: sport seoul , yonhap news, asiae

loading...