/Baekhyun EXO mahu kesemua pengguna gila seks telegram ‘Nth Room’ dihukum sampai dapat

Baekhyun EXO mahu kesemua pengguna gila seks telegram ‘Nth Room’ dihukum sampai dapat

Baekhyun EXO menggesa kesemua pengguna gila seks telegram ‘Nth Room’ dihukum sampai dapat.

Baekhyun menyatakan hasratnya itu di laman instagram-nya dengan memaparkan tangkap layar petisyen dibuat ke atas Blue House. “Mohon dihukum kesemua pengguna-pengguna gila seks ini,” katanya. Petisyen berkenaan adalah berbeza dengan petisyen yang ditandatangi lebih dua juta orang sebelum ini yang hanya mendesak identiti penjenayah didedahkan secara terbuka saja.

Telegram ‘Nth Room’ menjadi sarang di mana pengguna-penggunanya akan berkongsi video-video lucah membabitkan mangsa-mangsa yang telah diperas-ugut identiti mereka dengan pengguna-pengunanya perlu membayar sejumlah wang untuk dibenarkan akses ke dalamnya. Berdasarkan laporan media, video-video lucah tersebut telah dijual kepada lebih 250,000 orang lelaki dan video lucah keganasan mengerikan, seperti sebilah gunting ditusuk pada permukaan faraj, antara yang mendapat tuntutan tertinggi. Daripada 74 orang mangsa yang dikenalpasti, 16 ialah kanak-kanak telah diklasifikasikan sebagai mangsa pedofil. Setakat ini, pemilik ‘chatroom’ berkenaan, ‘Baksa’ telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Selain Baekhyun, beberapa selebriti Korea turut menyatakan sokongan penuh untuk mendesak pihak polis mendedahkan identiti penjenayah tersebut. Antaranya Hyeri, Moon Ga Young, Jung Rye Won, Jo Kwon 2AM, Ravi VIXX, LE Exid, Ha Yeon Soo, Yoo Seung Woo, Eric Nam, Park Jimin dan Soon Soo Hyun. Mereka dilihat mengecam perbuatan jenayah ganas seksual tersebut di laman sosial instagram masing-masing.

Sumber: instagram Baekhyun

Komentar

comments

loading...