Go Hyun Jung akan kembali dengan drama SBS Return

Ratu Kdrama paling berprestij dalam industri drama korea, Go Hyun Jung akan kembali sebagai pengerusi rancangan realiti tv “Return” di dalam drama terbaru terbitan SBS dengan menggunakan tajuk yang sama. Beliau khabarnya masih mempertimbangkan tawaran tersebut. Return mengisahkan tentang gerakan media yang diperhebatkan untuk mencari pembunuh sebenar terutamanya di kalangan golongan elit kerana mereka merupakan salah seorang suspek utama. Sinopsis drama ini seakan-akan drama SBS Wanted yang pernah ditayangkan sebelum ini tetapi misinya adalah untuk menjejaki pembunuh sebenar.

Ini merupakan penampilan Go Hyun Jung yang pertama sejak tvN Dear My Friends di mana drama berkenaan memenangi Best Drama Paeksang Art Awards baru-baru ini. Beliau terkenal sebagai “Lady Mishil” dalam drama MBC Queen Seondeok  menyebabkan beliau memenangi daesang di anugerah Baeksang dan juga MBC, serta memperoleh bayaran tertinggi sebagai pelakon sejak daripada itu. Antara drama popular lakonannya ialah SBS Sandglass, drama paling tinggi catatan rating dalam sejarah dan juga SBS Daemul di mana beliau memainkan watak presiden wanita pertama korea.

Sumber: OSEN

loading...