Lebih 2 juta rakyat Korea desak identiti di sebalik penjenayah seks ganas pedofil telegram ‘Nth Room’ didedahkan

Petisyen yang dikemukakan pada pihak polis bagi membolehkan identiti sebenar di sebalik penjenayah permerdagangan seks, ‘Nth Room’ didedahkan secara terbuka telah mengumpulkan lebih dua juta tandatangan termasuklah ratusan selebriti Korea.

Antara yang menyatakan sokongan termasuklah Hyeri, Moon Ga Young, Jung Rye Won, Jo Kwon 2AM, Ravi VIXX, LE Exid, Ha Yeon Soo, Yoo Seung Woo dan Soon Soo Hyun. Mereka dilihat mengecam perbuatan jenayah ganas seksual tersebut di laman sosial instagram masing-masing.

‘Baksa’, dalang utama kepada rangkaian telegram ‘Nth Room’ tersebut telah ditahan pada 19 Mac 2020 kerana mengoperasikan sebuah laman ‘chatroom’ melibatkan pemerdagangan seks kanak-kanak perempuan serta seks melampau dan keganasan mengerikan dengan video-videonya telah dijual kepada lebih 260,000 orang lelaki. Telegram ‘Nth Room’ menjadi sarang di mana pengguna-penggunanya akan berkongsi video-video lucah membabitkan mangsa-mangsa yang telah diperas-ugut identiti mereka dengan pengguna-pengunanya perlu membayar sejumlah wang untuk dibenarkan akses ke dalamnya. Berdasarkan laporan media, video lucah keganasan mengerikan, seperti sebilah gunting ditusuk pada permukaan faraj, antara yang mendapat tuntutan tertinggi. Daripada 74 orang mangsa yang dikenalpasti, 16 ialah kanak-kanak telah diklasifikasikan sebagai mangsa pedofil.

Berikutan desakan jutaan rakyat Korea yang menandatangi petisyen itu bersama, polis Metropolitan Seoul akhirnya akur dan akan membuat pengumuman mengenainya mulai esok, 24 Mac 2020. Tindakan ini difahamkan pertama kali bakal dilakukan oleh pihak polis di bawah Akta Khas Hukuman kepada Jenayah Keganasan Seksual.

Sumber: etoday, sedaily, allkpop

loading...