Lee Jong Hyun selesai berkhidmat dengan ketenteraan; mungkinkah akan ada satu pertemuan lagi bersama CNBlue pula?

Lee Jong Hyun telah pun selesai menjalani khidmat ketenteraannya secara rasmi hari ini selepas diberikan perlepasan lebih awal akibat penularan wabak virus corona, Covid-19 sebelum ini.

FNC Entertainment mengesahkannya dengan menjelaskan tempoh berkhidmat anak buahnya telah dipendekkan kepada 1 tahun dan 7 bulan sejak menyertainya pada Ogos 2018. Bagaimanapun, FNC Entertainment tidak menyatakan perancangan Lee Jong Hyun selepas keluar daripada ‘military service’ dan kontrak yang masih terikat di antara agensi itu dengan Lee Jong Hyun membuktikan peluang penyanyi itu untuk bersama dengan CNBlue masih lagi cerah. Malah, Jung Yong Hwa, Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin yang kerap mengadakan pertemuan secara terbuka menandakan kebangkitan CNBlue semula walaupun jauh sekali untuk menamakan bekas rakan sekumpulan mereka itu di dalam perjumpaan tersebut.

Baca lagi : Lee Jong Hyun CNBlue kantoi memberikan komen berbaur lucah ketika dia sepatutnya dalam bermuhasabah diri

Lee Jong Hyun mengumumkan pengundurannya daripada CNBlue berkuatkuasa 28 Ogos 2019 lalu berikutan isu kontroversi yang melibatkan komennya kepada BJ (Broadcast Jockey) Park Min Jung yang dipetik di dalam peti mesej Youtube milik wanita berkenaan. Lee Jong Hyun pernah diheret di dalam kontroversi sebaran video lucah oleh Jung Joon Young disebabkan komen-komennya yang berbaur lucah dtujukan kepada mangsa seksual penyanyi itu, namun kemudiannya dimaafkan sehinggalah terjadinya kontroversi lain seperti disebutkan.

Sumber: news1

loading...