dimsum menyajikan seleksi drama Thai terbaik sepanjang November & Disember 2019 untuk tontonan anda

Gelombang demam Thai Pop diteruskan lagi di dimsum sepanjang November ini menerusi siri-siri terbaik daripada Thailand. Antara drama yang pasti menambat hati penonton termasuklah Man of Vengence 2019 dan Project S the Series yang diterajui oleh Tor Thanapob Lee, Boy for Rent (Lee Thanat), Aruna 2019 (Bee Namthip) dan Waves of Life (Mark Prin). Kesemua siri didatangkan dengan sari kata bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.

Project S the Series | 4 bahagian

Siri yang mengandungi empat kisah berbeza ini mengangkat tema persahabatan dan cinta menerusi empat sukan berbeza iaitu badminton, bola tampar, memanah dan papan selaju.

Menerusi Project S the Series: Side by Side, Tor Thanapob menerajui penceritaan seorang pemain badminton autisme bersama Sky Wongravee. 

Sementara itu, JJ Jaylerr dan Thanaerng Kanyawee turut beraksi sebagai pasangan sejoli kelab memanah menerusi Project S the Series: Shoot! I Love You.

James Teeradon pula memainkan peranan seorang pemain papan selaju yang mengalami depresi menerusi Project S the Series: Skate Our Souls sementara Project S the Series: SPIKE memfokuskan tentang seorang pemain bola tampar yang dilakonkan oleh Bank Thiti.  

Lakonan: Tor Thanapob Leeluttanakajorn, Sky Wongravee Nateetorn, JJ Kritsanapoom Pibunsonggram, Oab Oabnithi Wiwattanawarang, Bank Thiti Mahayotaruk, Thanaerng Kanyawee Songmuang.

Man of Vengeance 2019 | 27 episod

Selepas ibunya, perempuan simpanan kepada seorang lelaki kaya meninggal dunia, Tor dipaksa untuk tinggal bersama keluarga bapanya. Walaupun dia didera oleh ibu dan abang tiri, Tor berasa tenang dengan kehadiran seorang gadis bernama Mingta. Suatu malam, ketika sedang dikejar oleh ibu tirinya, Tor melompat ke dalam sungai. Walaupun dia masih hidup, Tor telah dianggap mati meninggal dunia. Tor kemudiannya menjalani kehidupan baharu di bawah penjagaan rakan ibunya. Tor menggunakan nama samaran Sila. 

Beberapa tahun kemudian, dia kembali sebagai seorang bapa ayam yang terkenal dan kaya untuk membalas dendam terhadap mereka yang pernah dipanggil keluarga. Ia berjalan seperti yang dirancang, sehingga dia bertemu rakan zaman kanak-kanaknya, Mingta. Adakah dia akan mengakhiri yang dia mahu selama bertahun-tahun?

Lakonan: Tor Thanapob Leeluttanakajorn, Fern Nopjira Lerkkajornnamkul, Wattanajinda Sirapan, Ann Siriam Pakdeedumrongrit, Typhoon Kanokchat Munyadon

Boy For Rent | 12 episod

Menerusi siri romantik komedi Boy For Rent ini, seorang remaja perempuan bernama Smile lakonan Sananthachat Thanapatpisal telah jatuh hati pada seniornya, Kyro. Namun, ibarat bertepuk sebelah tangan, Kyro tidak menyukai Smile kerana beranggapan Smile berperangai keanak-anakan. Jadi, Smile mengupah Badz untuk mempelajari bagaimana caranya menawan hati lelaki. Konflik tercetus apabila Smile menyukai Badz dan kekasih Badz, Liz bertindak ‘menyewa’ Kyro untuk membalas dendam terhadap Badz. Namun, Liz terjatuh hati terhadap Kyro.

Lakonan: Lee Thanat Lowkhunsombat, Mond Tanutchai Vijitvongthong, Aye Sarunchana Apisamaimongkol, Fon Sananthachat Thanapatpisal

Love Beyond Frontier | 13 episod

Wang mengembara dari China ke Thailand untuk mencari ibunya, Rose. Ketika tiba di Thailand, dia secara tidak sengaja tertukar bagasi dengan Ple. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ibunya sudah pun berpindah setibanya Wang di rumah wanita itu. Wang bertemu dengan Pat, wanita yang tinggal berkenaan. Walaupun Pat menganggap Wang sebagai seorang lelaki miang, dia membenarkan Wang tinggal bersamanya. Namun, Wang dan Pat dihalau keluar tidak lama selepas itu. Mereka kemidiannya menginap di rumah tumpangan Ple, dan mereka mula berkawan dengan Ple dan rakannya, Win. Pelbagai ragam dapat disaksikan apabila mereka tinggal di bawah satu bumbung!

Lakonan: Krist Perawat Sangpotirat, Namtan Tipnaree Weerawatnodom, New Thitipoom Techaapaikhun, Jane Ramida Jiranorraphat

Aruna | 6 episod

Aruna dan dua rakan baiknya merasakan kehidupan mereka kini berada di titik perubahan sehingga menyebabkan Aruna lakonan Namthip Jongrachatawiboon terpaksa berhadapan dengan pilihan yang agak besar. Dengan kerjaya semakin cemerlang, Aruna mempersoalkan tentang kehidupannya kini dengan teman lelaki yang semakin meningkat usia. Adakah mereka mempunyai peluang untuk bersama dan mengikut kekasihnya berpindah ke luar negara? Dalam masa sama, adakah dua rakan baiknya berjaya mengelolakan hidup mereka? Aruna turut dilakonakan oleh Chanokwanun Rakcheep sebagai Tharee), Organ Rasee Wacharapolmek (Wipha) dan Utt Uttsada Panichkul (Yang).

Waves of Life | 32 episod

Jee merupakan model dan pelakon terkenal. Ibunya berkahwin dengan seorang lelaki kaya yang secara diam menyimpan rasa berahi terhadapnyanya. Suatu malam, lelaki tersebut cuba memberikan dadah dan merogol Jee, tetapi dia berjaya melarikan diri. Malangnya, dia melanggar seorang wanita muda Tiw, yang kemudian meninggal di hospital. Tunang Tiw, Thit bersumpah untuk membalas dendam terhadap Jee.

Lakonan: Mark Prin Suparat, Yaya Urassaya Sperbund, Louis Scott

Nakee | Akan datang

Kumkaew merupakan seorang gadis yang berasal dari Baan Dorn Mai. Dilahirkan dalam keadaan misteri, tiada sesiapa yang mengetahui bahawa Kumkaew yang dilakonkan oleh Natapohn Tameeruks itu mempunyai kuasa luar biasa. Dalam masa yang sama, Tossapol (Ken Phupoom Phongpanu), yang merupakan seorang pelajar arkeologi menyeru dewi Nagee selepas melihat patung dewi tersebut. Terjebak dengan kuasa ghaib, Tossapol kini terjerat dan terpaksa mengikuti Nagee.

Untuk lebih informasi, lawati dimsum.asia, dimsum official Facebook (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia).

loading...