Shooting Star Asia Tour satukan hati Bright, Win, Dew dan Nani dengan peminat lakorn di Malaysia

Kuala Lumpur 5 November 2022 – Bagi pengemar drama Asia, kumpulan F4 bukan lagi asing bagi mereka. Rata-rata mengenalinya dengan baik ekoran fenomena F4 yang pernah melanda seluruh Asia berikutan drama adaptasi BOYS OVER FLOWERS yang telah dihasilkan dalam versi Taiwan, Jepun, Korea Selatan, China dan yang terbaru versi Thailand.

Dengan kerjasama pengajur ACO Media dan AMM telah berjaya merealisasikan impian peminat Malaysia yang sebahagian besar adalah pengemar drama Thai dengan membawakan tunggak utama pelakon F4 Thailand iaitu Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat dan Nani Hirunkit untuk siri jelajah F4 THAILAND : SHOOTING STARS ASIA TOUR IN KUALA LUMPUR yang telah diadakan dengan pada 5 November 2022 bertempat di Tropicana Gardens Mall Convention Centre.

Tirai Fan Meeting dibuka apabila mereka mempersembahkan lagu tema drama F4 Thailand iaitu WHO I AM. Seterusnya mereka berempat menyapa peminat dengan memperkenalkan diri dan berkongsi kegembiraan setelah berpeluang bertemu peminat di Malaysia. Apatah lagi apabila Win memberitahu bahawa impianya kini tercapai kerana dia pernah menulis di akaun Twitternya setahun yang lalu untuk melawat Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama mereka mengunjungi Malaysia dan seterusnya menjadikan mereka artis Thailand yang pertama melakukan fanmeeting di negara ini selepas dunia dilanda pandemik Covid-19. Disamping itu juga, pengacara majlis tersebut iaitu Nadia Annuar sempat mengajar Bright, Win, Dew dan Nani beberapa perkataan Bahasa Melayu yang sinonim dengan kehadiran artis luar ke Malaysia seperti AKU CINTA KAMU.

Mereka berempat meneruskan acara dengan menyampaikan lagu solo di mana Nani mempersembahkan lagunya BEST LIFE dari OST F4 THAILAND – BOYS OVER FLOWERS.

Manakala Dew membawakan lagu IN THE WIND (dalam versi SHOOTING STARS concert music).

Win pula menghiburkan peminat dengan lagu THE PERSON MUST BE YOU (KON NUN TONG PEN TUR) dari OST drama STILL 2GETHER THE SERIES dan terakhir adalah Bright dengan lagu LOST & FOUND dari single terbarunya yang telah dirilis pada pertengahan Ogos 2022.

Seperti FanMeeting yang diadakan di Jakarta pada 15 Oktober lepas, peminat Malaysia juga turut memberikan kejutan dengan menyampaikan video kompilasi ucapan selamat ulangtahun kelahiran dan  menghadiahkan 2 biji kek diikuti nyanyian Selamat Hari Jadi daripada peminat untuk Dew dan Nani yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama pada 30 Oktober.

Suasana menjadi semakin hangat apabila tiba segmen Soalan Peminat yang dipilih secara rawak. Bright dari sesi perkenalan sehingga segmen berikutnya, berterusan memberikan jawapannya “Saya suka duit”. Menurutnya, bila sudah mempunyai kekayaan, dia akan berkongsi dengan peminat kesemua wang yang dimiliki. Berpegang kepada hukum dunia yang semua orang menyukai wang yang banyak, akhirnya pengaruh wang yang asyik dicipta oleh Bright berjangkit kepada yang lain. Mereka sebulat suara menyatakan mereka mesti kaya disamping apapun kerjaya yang dipilih selain lakonan. Dalam masa yang sama sebagai F4, mereka semua mengharapkan mereka berempat akan terus kekal bersama dan akan mencipta kekayaan dari segala aspek. Bahkan ucapan Bright sempena harijadi Dew dan Nani juga dia mengharapkan agar keduanya akan dilimpahi dengan kekayaan….haha

Ketika soalan memperkenalkan makanan Thai yang patut dicuba oleh peminat Malaysia, Bright sekali lagi menggamatkan suasana dengan tawa apabila mencadangkan diri mereka dijadikan makanan lazat untuk dimakan. Dalam masa yang sama, Nani yang pada mulanya tidak tahu apa untuk dicadangkan, tiba-tiba mencelah mencadangkan ‘Mee’ dalam ertikata yang simbolik Mee adalah Saya iaitu dirinya sendiri.

Sebelum itu, ketika ditanya tentang tempat yang patut dilawati di Thailand, Dew secara sepontan mencadangkan GMM Building kerana katanya Bright adalah lelaki yang paling cantik untuk dipertontonkan di dalam bangunan ikonik itu. Hmm… kesemua cadangan dan jawapan mereka berempat ini membuatkan peminat pada malam tu ingin segera mencari makanan dan melawat Thailand …hahaa…

Ketika sesi temubual, mereka mendedahkan bahawa mereka kini dalam persediaan konsert “SIDE BY SIDE BRIGHT WIN” yang dijadualkan pada bulan Disember depan. Dalam masa yang sama juga, Bright memaklumkan bahawa beliau kini sibuk dengan persediaan pelancaran album solonya, namum merahsiakan butiran lanjut kerana ingin memberikan kejutan kepada peminat. Manakala Nani pula memberitahu bahawa dia bakal terlibat dalam sebuah projek drama yang besar dan meminta peminat bersabar menantikan pengumuman rasmi berkenaan projek tersebut.

Nadia Annuar bertindak sebagai pengacara serta penterjemah Fanmeeting ini Dan ianya telah dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Thai, Inggeris dan Bahasa Melayu. Kami dapat melihat Nadia berjaya mengemudi acara ini dengan jayanya apabila berjaya mencipta suasana santai sebagai pengantara dalam interaksi bersama artis dan peminat. Hadirin juga turut berpuas hati dengan aksi pengacaraan Nadia. Tahniah diucapkan kepada Nadia dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana membuat pilihan sangat tepat dengan memilih Nadia.

Dihujung acara sebelum menutup tirai FanMeet ini, Bright, Win, Dew dan Nani menyampaikan lagu OST kedua dari drama BOYS OVER FLOWERS iaitu SHOOTING STAR.

 

Siri jelajah SHOOTING STAR ASIA TOUR ini merangkumi 9 buah negara di Asia. Kuala Lumpur merupakan persinggahan kedua selepas Jakarta. Mereka seterusnya akan menjelajah  Manila pada 19 November 2022. Manakala negara lain seperti Vietnam, Hong Kong, Seoul, Singapura, Taiwan dan Tokyo masih belum ditetapkan lagi tarikh jelajahnya.

Sepanjang acara tersebut, mereka berulang kali berjanji akan kembali lagi ke Malaysia untuk konsert penuh mereka dan diharapkan ianya tertunai dengan bantuan pihak pengajur ACO Media dan AMM.

Terima kasih ACO Media dan jumpa lagi di acara seterusnya.

loading...