Tiket Shooting Star Asia Tour di Kuala Lumpur mula dijual 12 Oktober ini

10th October 2022 – Selebriti Thailand terkenal iaitu Bright, Win, Dew dan Nani bakal mengadakan sesi bertemu peminat mereka yang pertama di Malaysia menerusi Shooting Star Asia Tour bulan depan. Menurut penganjur bersama Aco Media dan Asia Momentum Media (AMM), sesi bertemu peminat itu akan diadakan pada 5th November 2022 (Sabtu) di Pusat Konvensyen Tropicana Garden Mall.

Bright Vachirawit, Win Metawin, Dew Jirawat and Nani Hirunkit berjaya menempa nama dan populariti di persada antarabangsa menerusi drama bersiri “Boys Over Flowers”. Selepas sambutan hangat sesi bertemu peminat mereka di Thailand dimana semua tiket habis dijual, GMMTV mengumumkan kumpulan ini akan memulakan siri jelajah Shooting Star Asia Tour mereka di beberapa destinasi termasuk Malaysia.

Menerusi sesi bertemu peminat ini, para peminat bakal menyaksikan idola mereka menyanyikan lagu-lagu sensasi seperti “Shooting Star” dan “Who am I”, selain berpeluang bergambar bersama idola mereka. Tawaran eksklusif bergambar bersama kumpulan ini akan diberikan kepada pemegang tiket VIP (4:12) manakala bagi peminat yang membeli tiket CAT1 (4:20) dan CAT2 (4:25) bakal memenangi peluang untuk bergambar bersama idola mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti pengagihan poster autograf, poskad dan gambar rasmi edisi terhad kumpulan ini juga bakal diadakan khas buat para peminat. Justeru, jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu Bright, Win, Dew dan Nani pada 5th November 2022. Apa yang pasti, kumpulan sensasi ini bakal menggamit memori malam yang indah penuh dengan kelipan bintang buat semua para peminat.

Untuk maklumat lanjut, tiket akan mula dijual pada 12th Oktober, 2022 (Rabu) 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/. Harga tiket adalah seperti berikut – VIP RM688 | CAT1 RM588 | CAT2 RM488 | CAT3 RM388 (Tidak termasuk RM4 yuran tempahan).

Jika anda peminat Bright, Win, Dew dan Nani serta siri drama Thailand, “F4 Thailand : Boys Over Flower” jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka di Shooting Star Asia Tour!

Shooting Star Asia Tour
Tarikh: 5th November 2022 (Sabtu)
Masa: 8:00 malam
Lokasi: Tropicana Gardens Mall Convention Centre

#ShootingStarinMY #ShootingStarinKL
#ACOMedia #ammtvmy

loading...