IU & Kang Daniel kini ‘sailang’ rekod jualan album solo tertinggi dalam seminggu untuk sepanjang zaman

Lee Ji Eun (IU) mencipta sejarah tersendiri apabila beliau bakal mencipta rekod sebagai artis solo wanita yang meraih jualan album solo tertinggi dalam seminggu untuk sepanjang zaman, mengatasi pencapaian yang dipegang oleh Taeyeon SNSD sebelum ini manakala bagi kategori artis solo lelaki pula, Kang Daniel masih mengekalkan rekod berkenaan dengan album ‘debut’ solo-nya.

Menurut data Hanteo, album mini ke-5 IU tersebut yang diberikan judul sebagai ‘Love Poem’ telah mencapai jualan sekitar 120,000 unit dalam sehari, seterusnya meningkat kepada 134,000 unit pada hari kedua. Hanteo menjangkakan IU akan memintas pencapaian dibuat oleh Taeyeon SNSD dengan album penuhnya iaitu Purpose, yakni lebih 154,000 unit yang diraih dalam seminggu. Ia juga akan menjadi pencapaian terbaik untuk rekod album solonya sepanjang berkarya memandangkan kejayaan IU sebelum ini lebih tertumpu pada rekod jualan digital singles terlaris yang diraihnya menerusi lagu-lagu hebat seperti ‘Through The Night’, ‘You & I” dan ‘Good Day’. Malah, ketiga-tiga lagu itu telah tercacat antara lima lagu paling laris sepanjang zaman dengan jualan melebih 4 juta unit.

‘Love Poem’  mengandungi lebih enam buah lagu dengan single utama, ‘Love Poem’ dikeluarkan beberapa minggu lebih awal tanpa sokongan video klip. Single ‘Love Poem’ telah pun menduduki no.1 dalam carta Gaon bertarikh dua minggu lepas selain mencipta kesempurnaan dalam dominasi carta-carta muzik dalam minggu pertama pelancarannya.  Serentak dengan pelancaran album itu pula, IU mengeluarkan dua buah lagu, ‘Blueming’ dan ‘About The Time’ masing-masing disusuli dengan video klip tersendiri. ‘Blueming’ telah pun mengekori kejayaan single ‘Love Poem’ secara perlahan-lahan dalam mencipta kesempurnaan dominasi dalam carta-carta muzik dan bakal ditentukan kedudukannya dengan pasti di dalam carta Gaon yang akan diumumkan pada Khamis ini.

Untuk kategori artis solo lelaki pula, rekod jualan solo album tertinggi dalam seminggu sepanjang zaman masih dipegang oleh Kang Daniel dengan 466,000 unit menerusi album solo debut pertamanya, ‘Color on Me’. Bagaimanapun, rekod album solo tertinggi sepanjang zaman secara keseluruhannya masih dipegang oleh Baekhyun EXO atau Super M menerusi album ‘debut’ solo-nya, ‘City Lights’. Kang Daniel dijangka akan mengeluarkan single seterusnya, ‘Touchin” yang berentak disco klasik, bermula hari ini .

Sumber: hankyung

loading...