[Info] Ikuti kembara ke Indonesia bersama Lee Seung Gi untuk siri realiti tv Netflix terbaru, “Together”

Lee Seung Gi, peraih Daesang 2018 SBS Entertainment Awards, bakal tampil dalam rancangan realiti tv kembara terbaru terbitan Netflix berjudul “Together”.

Lee Seung Gi akan menyertai kembara ke Bali Indonesia itu bersama Jasper Liu, pelakon Taiwan, dengan siri yang diberikan tema sebagai ,” Bintang Kegemaran Anda Bakal Temui Anda di Sana”. Netflix yang mengesahkan penglibatkan kedua-dua selebriti ternama itu memuatnaik gambar mereka di dalam laman sosial dengan Lee Seung Gi dan Jasper Liu dilihat termangu di depan sekelompok pengamal agama Hindu Bali.

Together iaalah rancangan tv yang memaparkan pelbagai selebriti mengembara di seluruh dunia untuk menemui peminat mereka secara lebih dekat. Together yang sudah menjalani penggambaran sejak 2 September lepas ini akan bersiaran tak lama lagi dan hanya boleh ditonton menerusi Netflix.

Buat peminat Lee Seung Gi di Malaysia, jangan lupa saksikan drama risikan terbaru SBS Vagabond gandingannya bersama Bae Suzy yang juga boleh dikecapi di Netflix dan ONE TV Asia pada 22 September 2019  . Lee Seung Gi juga akan bertandang ke Malaysia pada akhir November ini. Stay tune with Kmania for more info!

Sumber: OSEN

loading...