Kan Min Youn Baby Fox bakal kahwini kekasih tersayang, Paul Hwang awal November 2019 ini

Bekas ahli Baby Fox, satu kumpulan yang sama dengan pelakon Yoon Eun Hye, Kan Min Youn (37 tahun) mengumumkan berita gembira hari ini tentang perancangannya untuk berkahwin dengan pelakon yang tiga tahun muda daripadanya, Paul Hwang tak lama lagi.

Majlis perkahwinan tersebut telah ditetapkan pada 9 November 2019 dan diadakan di gereja besar Dong Shung di Seoul, menurut agensi Dreamstone Entertainment. Kata jurucakap itu lagi, “Perkahwinan ini terjadi selepas perhubungan yang agak panjang. Dengan ini, saya memohon restu daripada kalian.” Agensi Paul Hwang turut mengesahkan berita perkahwinan tersebut seraya berkata, “Saya tak pernah terfikir akan berkahwin, jadi saya terasa begitu gembira sangat. Kami telah bercinta selama tiga tahun, dan saya memutuskan untuk berkahwin kerana saya mahu kebahagiaan.”

Kumpulan Baby Fox

Kan Min Youn merupakan ahli kedua yang berkahwin selepas mantan ketua kumpulan Baby Fox, Kim EZ berbuat demikian pada tahun 2010. Hampir kesemua ahli Baby Box menghadiri majlis berkenaan pada tahun 2010 dahulu menunjukkan kesepakatan sesama mereka walaupun kumpulan itu telah terbubar sejak sekian lama.

Baby Fox, antara generasi pertama kpop yang sangat berpengaruh di Korea ketika kali pertama diperkenalkan pada tahun 1997, sebaris dengan kumpulan H.O.T, S.E.S, Shinhwa, GOD dan Seichs Kies. Baby Fox juga mencatat antara kumpulan kpop wanita pertama yang berjaya meraih jualan album terlaris sepanjang zaman sebelum rekod itu dipecahkan oleh Girl Generations dan TWICE kemudiannya.

Sumber: xsportnews

loading...