Dicabar buktikan dirinya ‘seksi’, Kim Woo Seok X1 cuba menari ikut gaya Taemin Shinee dalam jtbc “Idol Room”

 

X1 bakal membuat kemunculan pertama kali di dalam rancangan realiti tv, jtbc “Idol Room”.

Dalam satu keratan video dipaparkan, Kim Woo Seok berkata, “Saya ini seksi tau.” Ahli X1 lain cuba menyanggah pendapat Kim Woo Seok lalu berkata, “Saya yakin jika saya pun seksi jugak.” Masing-masing cuba menonjolkan keseksian dengan menggelarkan diri mereka, ‘Power Sexy’ dan ‘Cute Sexy’. Manakala, Kim Yoo Han yang dipengaruhi dengan budaya Amerika pula memerhati Kim Woo Seok dengan penuh tajam dan dilihat mahu mencabarnya.

Kemudian, hos rancangan itu mengadakan pertandingan “Pertunjukan Raja Tari”  dan “Pertunjukan Ratu Havana” untuk menentukan siapakah paling seksi di antara mereka. Mereka diminta untuk menari mengikut gaya Taemin SHINEE menerusi lagu hit-nya, “Move” dan gaya Camila Cabello melalui lagu, “Havana”.

Agak-agak siapakah pemenangnya? Saksikan episod terbaru ini di dalam platform Naver Live  pada jam 5.30 petang hari ini, 10 September 2019.

Dalam perkembangan lain, Kim Woo Seok X1 akan kembali memangku tugas sebagai hos rancangan tv SBS “The Show” pertama kali sejak melakukannya dua tahun lepas sewaktu dia aktif sebagai ‘Wooshin’, ahli kumpulan UP10tion. Episod tersebut akan disiarkan di SBS MTV ” The Show” pada jam 5.00 petang hari ini juga dan ulangannya dapat ditonton di ONE TV Asia.

Sumber: hankookilbo , OSEN

loading...