Kim Seon Ho, Lee Ki Taek, Kim Hee Ae & Cha Seung Won Buka Kafe Pencuci Mulut Dalam Variety Show Baharu

Rancangan variety baking baharu, “Bonjour Bakery” (tajuk literal), telah mendedahkan poster pertama!

Berlatar di sebuah kampung yang tenang, “Bonjour Bakery” ialah rancangan ‘healing’ yang memfokuskan kepada kafe pencuci mulut Perancis pertama di Korea khas untuk warga emas. Menariknya, semua pastri dihasilkan menggunakan bahan tempatan.

Rancangan ini dibintangi Kim Hee Ae, Cha Seung Won, Kim Seon Ho dan Lee Ki Taek.


Vibe Hangat Macam Keluarga

Dalam poster, keempat-empat pelakon berdiri bersama di hadapan pintu hijau yang ceria, memberikan suasana santai dan mesra — macam sebuah keluarga kecil yang rapat.


Dapur vs Front-of-House

Pasukan dapur yang bertanggungjawab menyediakan pencuci mulut untuk pelanggan warga emas terdiri daripada Cha Seung Won — yang pertama kali mencuba baking — bersama Lee Ki Taek, ahli paling muda yang penuh tenaga.

Gabungan mereka dijangka menghasilkan pelbagai pastri yang menarik, sama seperti yang dipaparkan dalam poster.

Sementara itu, bahagian hadapan kafe pula diterajui Kim Hee Ae sebagai pengurus besar yang elegan dan berkarisma, bersama Kim Seon Ho sebagai barista yang mesra — siap berpotensi jadi “cucu kegemaran” pelanggan.


Konsep Unik Khas Untuk Warga Emas

Satu detail yang mencuri perhatian ialah papan tanda di pintu masuk yang tertulis,
“Only guests aged 65 and older are allowed.”

Ini menunjukkan konsep unik kafe ini — hanya untuk pelanggan berusia 65 tahun ke atas, dengan tujuan memberi pengalaman yang lebih bermakna dan selesa.

Gabungan pencuci mulut Perancis dengan kisah hidup warga emas di kampung dijangka membawa momen yang menyentuh hati dan penuh makna.


“Bonjour Bakery” akan mula ditayangkan pada 8 Mei, jam 4 petang (KST) di Coupang Play.


Sumber : 1