Projek drama PD Signal & Misaeng bersama penulis skrip Oh Hae Young Again: Mungkinkah Jo Jin Woong akan sertai?

Kim Won Suk , Park Hae Young & Jo Jin Woong

Projek terbaru gandingan pengarah Kim Won Suk dan penulis skrip Park Hae Young telah ditetapkan pada awal tahun 2018 di cenel tvN.

Mengikut laporan awal, drama yang diberikan tajuk “My Uncle” ini membincangkan tentang aspek hidup dua orang daripada latar belakang usia yang berbeza. Seorang lelaki dengan usia 40-an, menghadapi kesukaran dalam hidupnya bertemu dengan seorang wanita 20-an yang juga menghadapi situasi yang sama.  Kim Won Suk, pemenang 2 kali Best Director CARI Kdrama Awards akan mempelbagaikan teknik pengarahannya dalam menjadikan drama ini sebuah realiti kehidupan, ‘slice of life’. Beliau terkenal pengarahan untuk drama tvN Signal, tvN Misaeng dan KBS Sunkyunkwan Scandal.

Tiada maklumat lagi tentang pelakon akan disenarai pendek kan untuk menjayakan kedua-dua watak ini. Mungkinkah pelakon Jo Jin Woong, pemenang Best Actor CARI Kdrama Awards (“Signal”) atau Lee Sung Min, pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards (“Misaeng”) akan ditawarkan semula? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: sporttvnews , joins

 

loading...