[GEMPAR] Lee Jong Hyun umum tinggalkan kumpulan CNBLUE!

Berikutan isu kontroversi yang melibatkan komennya kepada BJ (Broadcast Jockey) Park Min Jung yang dipetik di dalam peti mesej Youtube milik wanita berkenaan , akhirnya Jong Hyun umum keluar dari kumpulan CNBLUE.

Pada 28 Ogos, Jong Hyun menerusi agensinya FNC Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

“Hello. Ini saya Lee Jong Hyun.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada mereka yang telah saya sakiti menerusi perkataan dan tindak-tanduk yang tidak sepatutnya dan kepada semua yang telah saya kecewakan.

Walaupun terlewat, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya menarik diri dari kumpulan CNBLUE. Saya berasa bersalah kerana menyebabkan imej kumpulan dan rakan-rakan saya tercalar dan saya juga telah menyatakan keputusan pengunduran saya ini kepada semuah ahli CNBLUE.  Saya rasa malu kerana telah mengecewakan peminat yang telah mempercayai saya selama ini.

Oleh kerana kesemua kami kini sedang menjalani khidmat tentera, termasuk saya sendiri, ia mengambil sedikit masa untuk menyatakan keputusan dan mengumumkan tentang perkara ini.  Saya rasa bersalah dan berterimakasih kepada agensi kerana sudi menunggu.

Saya berasa sangat menyesal atas segala kesalahan saya, dan saya bersedia menerima kritikan daripada orang ramai. Saya minta maaf kerana telah membuka ruang kepada pengkritik untuk perkara yang memalukan. 

Selepas isu meninggalkan mesej kepada Youtuber Park Min Jung, akaun Instagram peribadi milik Lee Jong Hyun telah dipadam.

Sumber : OSEN

loading...