[Terkini] Bini Choi Minhwan FT Island mengandung lagi, kali ini anak kembar pula!

Choi Min Hwan, dikenali sebagai maknae (“ahli paling muda”) kumpulan kpop FT Island dijangka akan memperolehi dua orang anak lagi selepas isterinya, Kim Yul Hee bekas ahli kumpulan Laboom, menemui pakar Obstetric and Ginekologi yang mengesahkan bayi yang dikandungnya itu ialah kembar.

Choi Min Hwan dan Kim Yul Hee pernah mengimpikan untuk mempunyai anak yang ramai dan mereka telah pun meluahkannya di depan anak pertama mereka, Jae Hyul. Pasangan ini menerima perhatian kerana mengumumkan perkahwinan selepas kedua-duanya memperolehi anak luar nikah. Jae Hyul dipercayai terhasil dalam kandungan Yul Hee sewaktu mereka belum lagi terikat dengan perkahwinan. Mereka melangsungkan perkahwinan lima bulan selepas Jae Hyul dilahirkan pada 19 Oktober 2018.

Ditanya tentang berita gembira itu, Choi Minhwan berkata, “Ia sesuatu rahmat buat keluarga ini, saya akan berhati-hati.”

Manakala, Kim Yul Hee juga berkongsi gambar ultrabunyi (“ultrasound”) bayi kembar tersebut di dalam instagram miliknya sambil berkata, “Saya jadi sakit kerana banyak kali mual. Mereka sudah besar dan saling terikat antara satu sama lain”.

Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai ini!

Sumber: spottvnews

loading...