[Gempar] Lim Young Woong dilaporkan telah selamatkan mangsa kemalangan daripada menempa maut

Penyanyi idol trot terkemuka di Korea, Lim Young Woong telah menyelamatkan mangsa nahas kereta dalam satu kejadian berlaku pada 21 Jan 2022 lalu.

Menurut laporan Star News, Lim Young Woong yang ketika itu berada di lokasi berhampiran cepat-cepat menawarkan CPR terhadap salah seorang mangsa kemalangan, yang pengsan selepas terbabit di dalam nahas kereta berdekatan Jambatan Banpo, sekitar Seoul Olympic-daero.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4 hingga 5 petang apabila sebuah van telah merempuh beberapa kenderaan lain hingga mengenai penghadang tepi. Berdasarkan saksi di tempat kejadian, Lim Young Woong cepat-cepat menarik keluar pemandu yang tengah kepitaman tersebut sebelum meletakkannya di atas jalan dan melindunginya dengan kain lalu melakukan proses CPR ke atasnya sementara menunggu ambulan datang. Ambulan kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk dirawat.

Jurucakap bomba yang dihubungi turut mensahihkan laporan berita itu. “Saya catit semua maklumat peribadi termasuklah nombor telefon. Bila saya periksa semula, memang Lim Young Woong,” katanya.

Lim Young Woong sememangnya amat dikenali kerana sifat budi-pekerti mulianya walaupun telah bergelar penyanyi idola yang paling digilai di Korea.

Sumber: star news

loading...