Ketua Pegawai Eksekutif syarikat produksi drama The Wind That Carries Wishes yang pernah menghasilkan “That Winter, The Wind Blows” didapati telah menghilangkan diri dengan berbilion won duit dari pelbagai pelabur.
Menurut Sports Kyunghyang pada 16 Januari, Ketua Pegawai Eksekutif (selepas ini dirujuk sebagai “A”) telah hilang selepas mengambil wang yang dilaburkan untuk drama baru. Para pelabur yang terlibat bukan sahaja dari syarikat hiburan berskala besar tetapi juga daripada agensi kecil dan orang perseorangan. Jumlah yang hilang dianggarkan antara 4 hingga 5 bilion won (kira-kira $ 3.6 hingga $ 4.5 juta).
“A” pertama kali merancang kejahatannya menerusi saluran kabel “Blue Eyes” OCN yang dibintangi oleh Nana dan Jang Ki Yong, di mana keadaan semasanya dalam proses penyerahan projek itu kepada syarikat pengeluaran lain disebabkan oleh keadaan kekurangan dana. Beliau bagaimanapun mengambil kesempatan dengan menyonglap lebih daripada 1 bilion won (kira-kira $ 892,700) dengan mencadangkan ujibakat dan projek ini kepada pelbagai pelabur. Tambahan pula, menurut satu laporan polis, ‘A’ dikatakan menerima 700 juta won (kira-kira $ 624,900) dari seorang ahli perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan industri hiburan.
Dek kerana percaya dengan ‘A’ , yang ketika itu bergelar CEO sebuah syarikat produksi drama yang dimiliki oleh sebuah syarikat pengurudan hiburan yang besar, mangsa akhirnya dikaburkan matanya. Mangsa telah melabur sejumlah wang kepada ‘A’.
Antara mangsa lain adalah The Groove Entertainment yang menghasilkan runut bunyi drama dan album artis, turut mendakwa “A” atas tuduhan penipuan di Balai Polis Gangnam pada 15 Januari.
The Groove mendakwa telah kehilangan 230 juta won (kira-kira $ 205,300). Menurut The Groove, mereka telah membuat kontrak dengan “A,” yang menguruskan syarikat The Wind That Carries Wishes dan sebuah syarikatnya yang lebih kecil (selepas ini disebut “B” ). The Groove bertanggungjawab menghasilkan runut bunyi untuk drama baru yang dijangka keluar pada 2018 dan mereka telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 100 juta won (kira-kira $ 89,300), tetapi hak untuk berbuat demikian itu belum dikenalpasti. Selepas meninggalkan Syarikat “B” pada bulan Disember, “A” tidak dapat dihubungi.
The Groove juga telah menandatangani kontrak untuk menghasilkan drama itu dengan syarat bahawa syarikat The Wind That Carries Wishes membayar balik dana sebulan kemudian, tetapi mereka tidak menerima sebarang pembayaran yang dijanjikan. The Groove menyatakan, “‘A’ mendakwa terlibat dalam jadual penggambaran kerana kontrak drama yang dihasilkan oleh Syarikat ‘B’ telah ditangguhkan dan menawarkan untuk menjadi pengeluar bersama dengan syarat kondisi pembayaran balik. Oleh yang demikian, pada September lalu kami menandatangani kontrak dan melabur 250 juta won (kira-kira $ 223,500). “Selepas itu, The Groove mendakwa” A “mengembalikan dana 10 juta won (sekitar $ 8,900) atau 20 juta won ($ 17,900) pada satu masa, tetapi sejak 19 Disember, “A” tidak dapat dihubungu dan pembayaran tersebut terhenti.
“A” telah akhirnya telah dipecat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluaran drama The Wind That Carries Wishes, yang terkenal kerana menghasilkan drama “Winter, The Blows Wind” serta “Scarlet Heart: Goryeo” dan “Love Alert.”