Ji Sung bakal bintangi drama perubatan arahan PD ‘Pinocchio’ dalam SBS “Doctor Room”

Pelakon Ji-sung bakal kembali menghiasi skrin kecil dengan drama bertemakan perubatan.

Pada 17 Januari, News 1 melaporkan aktor tersebut sedang meneliti skrip drama terbaru SBS ‘Doctor Room’ yang dijadualkan untuk tayangan separuh pertama tahun ini.

‘Room Doctor’ adalah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan norma kehidupan serta kesakitan yang dialami pesakit dan doktor. Ia juga akan mengupas kisah tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda.

Seandainya Ji Sung menerim tawaran untuk membintangi ‘Room Doctor’ ia akan menjadi drama perubatan kedua yang dilakonkannya dalam tempoh 11 tahun selepas drama MBC ‘New Heart’. ‘New Heart’ disiarkan pada Februari 2018 dan telah mencatatkan rating tontonan secara keseluruhan sebanyak 32.0 %. (Data berdasarkan Nielsen Korea). Drama tersebut juga antara drama pilihan popular dikalangan penonton.

Pemenang Best Actor di 2nd dan 4th CariKdrama Awards menerusi drama ‘Secret Love’ dan ‘Kill Me Heal Me’ ini pernah membintangi drama hebat lain seperti ‘Royal Family’, ‘Protect the Boss’,  ‘Defendant’ dan yang terbaru ‘Familiar Wife’. Ji Sung juga telah memenangi Daesang bagi lakonan hebatnya dalam drama ‘Defendant’.

‘Room Doctor’ bakal diarahkan oleh Jo Soo Won yang sebelum ini pernah mengarahkan ‘Still 17’ , ‘I Can Hear Your Voice’ , ‘Pinocchio’ dan ‘Chengdamdong Alice’. Jo Soo Won pernah memenangi Best Director menerusi drama ‘Pinocchio’ di 4th APAN Awards.

Jika di ‘New Heart’ Ji Sung membawakan karakter seorang pelajar perubatan yang  ingin menjadi  doktor terbaik namun kekangan kemahiran akademik menjadi batu penghalang, ‘Room doctor’ bakal menyaksikan transformasi, karakter pelakon tersebut dalam karya bertemakan perubatan. Nantikan ‘Room Doctor’ yang bakal ditayangkan di SBS pada pertengahan tahun ini.

Sumber : news1

 

loading...