BTS dan ‘Love Scenario’ terus lakar kemenangan di 28th Seoul Music Awards

28th Seoul Music Awards baru sahaja melabuhkan tirainya dan telah disiarkan menerusi rangkaian KBS. Anugerah ini diadakan di Gocheok Sky Dome pada semalam, 15 Januari bagi menghargai pencapaian artis-artis Kpop dalam industri muzik Korea. Mereka yang layak bertanding adalah berdasarkan muzik yang dikeluarkan bermula Januari sehingga Disember 2018. Bagi kategori Daesang dan Rookie of the year, penilaian dibuat berdasarkan 30% markah dari panel juri, 40% dari jualan lagu/album (data dari Gaon Chart) dan 30% dari undian peminat. Untuk kategori Popularity Award, ianya adalah 100% undian peminat di Korea dan K-Wave Popularity Award pula bersandarkan pada 100% undian dari peminat antarabangsa.

Anugerah kali ini dihoskan oleh Shin Dong Yu, Kim So Hyun dan Kim Heechul (SuJu). Antara artis dan Idol yang membuat persembahan adalah BTS, Wanna One, iKON, Twice, Seventeen, Red Velvet, IZ*ONE, Momoland, Nu’est W, NCT 127, Mamamoo, Monsta X, Yang Da Il,ADOY, Stray Kids, Crying Nut, Drunken Tiger serta Im Chang Jung. Manakala selebriti yang turut menyampaikan anugerah pada malam tersebut adalah Jung Hae In, Woo Doo Hwan, Nam Ji Hyun, Kim Ji Suk, Lee Sang Yeob, Lee Si Young, Nana, Clara, Ahn Hyo Seop, Kang Ji Hwan, Oh Yeon Seo, Kim So Hyun dan beberapa lagi.

BTS membawa pulang anugerah Daesang dan Best Album (Love Yourself :Tear) buat sekian kalinya begitu juga dengan lagu ‘Love Scenario’ nyanyian iKON yang dinobatkan sebagai Best Song Award. Nampaknya tahun 2018 adalah tahun paling cemerlang buat BTS dan kerja keras mereka akhirnya terbayar. ‘Love Scenario’ juga membuktikan lagu serta keseluruhan proses penyiapannya diiktiraf antara lagu dan karya terbaik 2018. Sesungguhnya hasil seni ‘Love Scenario’ tidak akan mengecewakan halwa telingan anda. Apapun, anugerah ini mungkin menyimpan kenangan manis buat kumpulan Wanna One memandangkan ini mungkin anugerah terakhir mereka menghadiri seramai sebelas orang serta beroleh kemenangan setelah kumpulan tersebut terbubar secara rasmi penghujung Disember lepas.

Baiklah, jom lihat senarai penuh pemenang di 28th Seoul Music Awards

Judges’ Special Award: ADOY
Band Award: Crying Nut
Hip Hop R&B Award: Drunken Tiger
Ballad Award: Im Chang Jung
Dance Performance Award: GFRIEND
Discovery of the Year: Yang Da Il


Fandom School Award: Wanna One

Popularity Award: SHINee


Hallyu Star Award: EXO

Rookie Award: Stray Kids, IZ*ONE
Bonsang (main awards): MONSTA X, MOMOLAND, NCT 127, iKON, Wanna One, NU’EST W, BTS, Red Velvet, MAMAMOO, SEVENTEEN, TWICE, EXO


Best Song: iKON’s “Love Scenario”


Best Album: BTS’s “Love Yourself: Tear”
Daesang: BTS

Tahniah kepada semua pemenang!

Sumber : OSEN

loading...