Yeo Jin Goo & Woo Do Hwan akan meniduri gadis sama dalam MBC Love Game???

Ingat lagi tak drama terbaru terbitan MBC berjudul Love Game yang menawarkan Yeo Jin Goo sebagai pelakon utama sebelum ini? Kali ini, Woo Do Hwan dan Joy daripada kumpulan Red Velvet sedang menimbangkan tawaran untuk membawakan watak pesaing “cinta” kepada Yeo Jin Goo. Dalam drama ini, cinta diterjemahkan dalam taruhan berbentuk seksualiti.

Drama yang diadaptasikan daripada filem Korea pada tahun 2003 berjudul Untold Scandal ini menceritakan tentang seorang bangsawan wanita bertaruh dengan sepupu lelaki nya bahawa dia boleh melakukan seks dengannya jika sepupunya berjaya memperkosa gadis yang dibencinya. Filem “Untold Scandal” ini merupakan adaptasi daripada teater popular karangan Christopher Hamston bertajuk Les liaisons dangereuses dan pernah diadaptasikan dalam layar perak Hollywood dengan diberikan judul , “Dangerous Liaisons” sehingga memenangi Academy Awards (Oscars).

Yeo Jin Goo akan memegang watak sepupu kepada wanita tersebut dinamakan sebagai Kwon Shi-hyun. Dia merupakan anak sulung keluarga bangsawan terulung di Korea Selatan (anak chabeol) yang disingkirkan keluar rumah kerana memalukan keluarga dengan perangai kaki perempuannya. Namun, apabila datangnya wanita sosialit, dinamakan sebagai A yang ingin membalas dendam terhadap gadis marhaen yang merampas lelaki yang dicintainya sepenuh hati, dia mencari Kwon Shi Hyun dengan menawarkan “dara” nya sebagai taruhan sekiranya Kwon Shi Hyun dapat menggoda gadis tersebut dan memisahkan hubungan mereka. Watak “A” ini belum ditawarkan pada sesiapa manakala watak gadis perawan tersebut mungkin diberikan pada Joy (Red Velvet).

Salah satu adegan penuh sensual dalam filem Untold Scandal.

Tetapi, Kwon Shi Hyun mahu menggoda kawan sosialit A, iaitu B  sebaliknya. A terkejut kerana B tak mungkin terpedaya dengan kaki perempuan, lagi-lagi dia dihormati oleh seluruh golongan bangsawan. Kwon Shi hyun terasa dicabar dan bertaruh sekiranya dia dapat meniduri B, A mesti menidurinya malam itu juga. Rupanya, Kwon Shi Yun terperangkap dalam permainan cinta (“Love Game”) oleh  A dan B. Dalam masa yang sama, C telah berjaya menggoda gadis perawan tersebut sekaligus memenuhi kehendak A.  Woo Do Hwan mungkin membawakan watak C tersebut.

MBC Love Game yang belum ada penulis skrip dan pengarahnya ini dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Sumber: is plus 

loading...