Rating MBC Two Cops hampir mengatasi KBS Jugglers, menunjukkan peningkatan

Suatu ketika dulu, MBC Two Cops bermula di tangga terbawah di belakang SBS Doubtful Victory dan KBS Jugglers dengan ratings sebanyak 4.6% sebelum meningkat secara perlahan-lahan dan bersaing sengit dengan SBS Doubtful Victory untuk merebut kedudukan no.2. MBC Two Cops mencatat ratings sebanyak 7.7% dalam episod 18 setara dengan KBS Jugglers yang juga memungut ratings yang sama dalam episod 7 semalam. SBS Doubful Victory pula selesa di tangga ke-3 dengan ratings setinggi 7.1%. tvN Rude Miss Young Ae pula berada di tangga ke-4 dengan ratings di bawah 3.0%.

MBC Two Cops  mengisahkan tentang seorang polis berpangkat rendah bernama Cha Gong Tak (Jo Jung Suk) yang dikuasai oleh roh lelaki yang terlibat dalam kes-kes jenayah penipuan. Pemilik asal tubuh Cha Gong Tak dan roh penipu tersebut berkerjasama menyelesaikan kes-kes penipuan. Cha Gong Tak berjumpa dengan Song Ji An (Hyeri), seorang wartawan muda yang lincah manakala KBS Jugglers menumpukan pada korporat  tentang bagaimana seorang setiausaha cuba untuk mengadaptasikan dirinya dengan keadaan bos yang tak ambil peduli hal ehwal pekerja bawahan.

MBC Two Cops merupakan penampilan semula pelakon yang tercalon Best Actor 5th Cari Kdrama Awards lepas, Jo Jung Suk dalam industri drama selepas SBS Jealousy Incarnate yang menaikkan namanya selaku aktor yang versatil.

Sumber: mbn

 

 

loading...