Tetap segak walaupun terluka, Kim Dong Hee berlakon jadi budak sekolah lagi di dalam drama Netflix terbaru

Netflix telah mengeluarkan beberapa foto Kim Dong Hee di set penggambaran drama ‘Human Class’.

Kim Dong Hee dilihat memakai baju uniform sekolah dengan rambut berpeluh dan muka yang penuh kelukaan. Di dalam drama ini, Kim Dong Hee membawa watak budak sekolah yang memilih pendekatan jenayah kerana mahu cepat kaya.

Kim Dong Hee yang dikenali menerusi drama jtbc Sky Castle dan jtbc Itaewon Class ini telah memukau penonton dengan gaya lakonannya yang bersahaja sehingga disebut-sebut sebagai pelakon baru meningkat naik yang perlu diambilkira di kemudian hari. Netflix Human Class akan mula ditayangkan bermula 29 April ini.

Sumber: tv report

loading...