Selepas 7 tahun, Miss A kini tinggal kenangan

Tergempar – JYP Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan wanita miss A telah dibubarkan secara rasminya.

Pada 27 Disember ini, agensi tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan pembubaran kumpulan itu selepas tujuh tahun bersama. Miss A dianggotai oleh Suzy, Fei, Jin dan Min.

Pada Mei 2016, Mei telah mempebaharui kontraknya bersama dengan JYP manaķala Suzy berbuat demikian pada bulan Ogos tahun ini. Walau bagaimanapun, Jia dan Min kedua-duanya meninggalkan syarikat itu selepas kontrak mereka tamat pada Mei 2016 dan April 2017.

Jia & Min

Pastinya berita ini mengejutkan para peminat Miss A terutamanya Say A. Kami pasti akan merindui Miss A dan terima kasih atas segala kenangan serta telah menghiburkan kami selama 7 tahun ni.

Trivia Miss A

  • Kumpulan ini telah debut pada tahun 2010 dengan lagu hit mereka Bad Girl Good Girl. Mereka telah melakar prestasi yang cemerlang ketika itu apabila lagu tersebut telah memenangi kategori Song of the Year “daesang” (hadiah utama) dan anugerah Artis Perempuan Terbaik Terbaik pada tahun yang sama di Anugerah Muzik Asia Mnet.

  • Miss A mengeluarkan mini album berjudul Color pada 30 March 2015 dan sebuah online reality series, Real Miss A. ini merupakan projek terakhir mereka secara berkumpulan.  Muzik video mereka bertajuk Only You berjaya melepasi 2 juta tontonan dalam masa 24 jam sahaja.

  • Fei dan Suzy yang masih bersama JYP telah melancarkan album solo dan juga mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan juga. Drama terbaru lakonan Suzy adalah While You Were Sleeping disamping pelakon hebat Lee Jong Suk.
Fei & Suzy

sumber : naver

loading...