Lee Jong Suk di Prank Oleh KyunSang dan Raih Rating Tinggi Untuk Three Meals A Day

Rancangan Three Meals A Day musim terbaru terus memikat hati penonton.

Dalam episode 8 minggu lalu, chemistry  antara Lee Seo Jin, Eric Moon, Yoon Kyun Sang, dan Lee Jong Suk berjaya mencuri tumpuan ramai penonton sehingga melonjakkan rating tontonannya. Episode bersama Lee Jong Suk itu juga mencatatkan purata tontonan sebanyak 9.8% dan mengambil tempat No 1 di slot waktu rancangan itu ke udara di semua saluran televisyen.

Episode kali ini, dipertontonkan Yoon Kyun Sang melakukan prank terhadap Lee Jong Suk. Lee Jong Suk seorang yang sangat pemalu apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenalinya dan hanya bersetuju menyertai rancangan ini hanya kerana Yoon Kyun Sang. Yoon Kyun Sang ingin membuat kejutan terhadap Lee Jong Suk.

“Saya akan bersembunyi di belakang sana, jadi beritahu padanya saya tidak ada di sini kerana saya ada sesuatu yang perlu dilakukan. Tolong buatkannya berasa tidak selesa dan janggal,”.- Yoon Kyun Sang.

Lee Seo Jin dan Eric Moon pada mula tidak mahu melakukan tetapi akhirnya mereka menurut juga. Lee Jong Suk akhirnya tiba dan seperti yang dirancang, Lee Seo Jin dan Eric Moon menjalankan prank dengan kamera tersembunyi. Mereka merasakan bahawa Yoon Kyun Sang tidak akan kembali sehingga malam itu, dan mereka juga membuatkan Lee Jong Suk merasa sangat janggal dan tidak selesa.

Bagaimanapun, Lee Jong Suk tidak dapat menyembunyikan riak takut di wajahnya. Dia keliru dan menggelabah sehingga bertanyakan kepada kucing Yoon Kyun Sang (Mong dan Koong), “Ke manakah ayahmu pergi?”. Sementara itu, Yoon Kyun Sang memerhatikan segalanya dari luar.

Untuk episode selanjutnya rakan kumpulan Shinhwa Eric iaitu Andy dan Lee Min Woo akan menyertai beliau. “Three Meals A Day” disiarkan setiap hari Jumaat melalui tvN pukul 9.50 pagi KST. Bagi peminat di Malaysia, rancangan ini  boleh ditonton pada setiap Sabtu di Astro tvN Ch 395 dan Hypp TV Ch.601 jam 9.00 malam. Episode bersama Lee Jong Suk akan disiarkan di Malaysia pada Sabtu ini (30.9.2017). Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan episode yang paling ditunggu oleh ramai peminat.

Buat peminat Lee Jong Suk, saksikan drama terbaru beliau bergandingan dengan Suzy “While You Were Sleeping” bermula 27 September 2017 di OneHD Ch393 jam 9.00 setiap Rabu dan Khamis.

Jom tonton preview prank Lee Jong Suk

sumber : news20 dan Naver

loading...