While You Were Sleeping Drama Ekslusif Di OneHD dan Mungkin Menjadi Drama Terakhir Lee Jong Suk

ONE meneruskan komitmennya untuk menerajui genre hiburan Korea di rantau Asia Tenggara menerusi tayangan perdana drama yang sangat dinanti-nantikan iaitu While You Were Sleeping. Drama ini akan ditayangkan serentak dengan waktu tayangan Korea pada hari Rabu, 27 September, jam 9.00 malam.

Menerima sentuhan pengarah Doctors dan My Love from the Star, dan penulis Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, While You Were Sleeping menampilkan bintang handalan Korea sebagai pelakon utama iaitu Lee Jong Suk dan Bae Suzy. Drama ini juga merupakan kolaborasi kali ketiga di antara Lee Jong Suk dan penulis Park Hye Ryun di mana drama bersiri mereka sebelum ini, Pinocchio dan I Can Hear Your Voice, berjaya mendapat sambutan hebat daripada penonton.

While You Were Sleeping merupakan sebuah drama penyiasatan dengan jalan cerita yang tidak dijangka. Ia menceritakan kisah seorang wartawan yang menganggur, Hong Ju (Bae Suzy), yang mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu kejadian buruk dalam tidurnya. Berharap untuk mengelakkan mimpi buruk itu menjadi kenyataan, Hong Ju bekerjasama dengan pendakwa Jae Chan (Lee Jong Suk) untuk menghalang kejadian yang tidak diingini itu berlaku.

“ONE terus menerajui saluran hiburan Korea menerusi banyak drama bersiri yang ditayangkan pada waktu yang sama di Korea termasuk drama Scarlet Heart, My Sassy Girl, The King in Love dan sekarang, While You Were Sleeping. Gandingan yang terdiri daripada pelakon hebat yang mampu melonjakkan rating iaitu Lee Jong Suk dan pelakon bertaraf bintang Bae Suzy bersama pasukan impian yang diterajui oleh penulis dan pengarah handalan menjadikan drama bersiri baru ini sebagai drama yang mesti ditonton,” kata Virginia Lim, Naib Presiden Kanan dan Ketua, Kandungan, Terbitan dan Pemasaran, Sony Pictures Television Networks Asia.

Drama Terakhir Lee Jong Suk?

Umum ketahui, Lee Jong Suk dikatakan akan melaksanakan khidmat tenteranya pada 10 Ogos yang lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran daripada komitmen kerjanya yang telah dirancang lebih awal. YG Entertainment selaku agensi beliau telah mengumumkan mengenai penangguhan kemasukan khidmat negaranya kerana beliau telahpun memberikan komitment awal sebagai hero bagi sebuah drama dan juga sebuah filem.

While You Were Sleeping Bakal Ditayang Bermula 27 September ini
Telah mula ditayangkan di pawangan bermula 24 Ogos yang lalu. Berjaya mengutip kuitpan sebanyak $9 juta pada 31.8.17 dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta sepanjang 8 hari tayangan

Namun dalam satu kenyataan media, Lee Jong Suk berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Korea dengan menjalani khidmat ketenteraan apabila kesemua tugasnya berakhir. Beliau juga menyatakan akan memaklumkan kepada para peminatnya bila waktunya (jalani khidmat ketenteraan) tiba. Sekiranya Lee Jong Suk menjalani khidmat ketenteraannya, sudah pasti para peminat akan merindui karya-karya terbaru beliau kerana khidmat tentera ini memakan masa selama 2 tahun perkhidmatan. Filem V.I.P beliau sudahpun ditayangkan bermula bulan lepas. Adakah drama While You Were Sleeping ini hadiah terakhir beliau sebelum berkhidmat? Jadi, saksikan drama terbaru Lee Jong Suk ini dan sama-samalah kita menantikan sebarang pengumuman dari beliau nanti.

salah satu adengan dalam drama While You Were Sleeping

While You Were Sleeping akan ditayangkan di ONE pada 27 September, diikuti episode-episod berikutnya pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Layari www.onetvasia.com atau www.facebook.com/ONEtvasia untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut.

loading...