Lee Ji Hoon meluahkan rasa sedihnya di atas kehilangan Goo Hara, bekas ahli kumpulan Kara.
Dalam kenyataan dimuatnaik di dalam laman instagram-nya semalam, Lee Ji Hoon berkata, “Saya minta maaf kerana tak mendengar kamu. Rasa bersalahnya saya sehingga saya tak mampu lagi untuk menahan daripada menulis di sini.”
Tambahnya lagi sambil menyertakan gambar langit, “Ia begitu sukar sekali. Ramai berharap dapat hidup dalam keadaan di mana mereka mahu merasakan keselesaan itu. Saya terkilan sangat dan sedih atas kehilangannya.” Selepas beberapa jam, Lee Ji Hoon telah memadamkan status berkenaan barangkali kerana tidak menyangka kenyataannya itu tertular sehingga membawa kepada perdebatan di media sosial.
Goo Hara ditemui tidak bernyawa di rumahnya, Cheongdamdong, Seoul. Polis menyimpulkan tiada unsur jenayah berhubung kematian Goo Hara dan dipercayai membunuh diri berdasarkan penemuan nota di sisinya.
Sumber: instagram Lee Ji Hoon, tv report