[Terbuka] Menjadi sukarelawan untuk Cari Kdrama Awards & Tawaran Pengiklanan

Cari Kdrama Awards ialah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh Kmania bertujuan untuk menghargai kehebatan karya-karya seni warga Korea terutamanya dalam bidang industri drama. Anugerah kritik secara online ini mula mendapat liputan meluas di media-media tempatan seperti tv9 dan juga akhbar Harian Metro, serta media antarabangsa seperti Kdramapal dan daehandrama.

Setiap pencalonan anugerah adalah dibuat dengan telus hasil daripada ulasan-ulasan yang ditulis peminat Malaysia, bermakna setiap ulasan daripada anda akan menentukan pencalonan tersebut. Kesemuanya akan dihitung dan diaudit oleh Majlis Pengkritik Kdrama untuk pencalonan top 5, seterusnya pengumuman pemenang dibuat pada malam anugerah.

Memandangkan Cari Kdrama Awards akan berlangsung tak lama lagi, Kmania mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi sukarelawan sepanjang pengelolaan anugerah ini di medium media sosial. Mereka yang menjadi sukarelawan akan dikreditkan hasil usahanya dan diberikan sijil penghargaan, jika diminta selain diberi hibah ataupun kelebihan yang kelab mahu lakukan bagi  apa-apa program yang Kmania anjurkan di kemudian hari.

(a) Pereka Grafik Gambar

  • Mereka poster, banner dan gambar-gambar pencalonan top 5 mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
  • Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir dan berkala.
  • Waktu kemuncak adalah pada 25 Dec 2017 – 14 Jan 2018.

(b) Pereka Grafik Video

  • Mereka video-video pencalonan top 5 dan promosi Cari Kdrama Awards mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
  • Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir dan berkala.
  • Waktu kemuncak adalah pada 25 Dec 2017 – 14 Jan 2018.

(c) Pembantu Promosi & Penyebaran Maklumat

  • Membantu menyebarkan maklumat mengenai Cari Kdrama Awards di seluruh pelusuk media sosial mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
  • Bermula pada awal Oct sehingga selesai majlis anugerah.

Lain-lain,

anda juga boleh cuba untuk membuat permohonan sebagai ahli Majlis Pengkritik Kdrama.

(d) Syarat-syarat menjadi ahli Majlis Pengkritik Cari Kdrama Awards

  • Sudah membuat pembayaran sebagai ahli Kmania yang sah.
  • Sekurang-kurangnya sudah menghantar SATU ulasan kdrama yang menyeluruh kepada Kmania.
  • Mempunyai kemahiran dalam mengkritik sesuatu kdrama yang ditonton.

Permohonan untuk tugas-tugas sukarelawan di atas termasuk (d) mesti dihantar melalui borang ini.

Bagi yang mahu memohon untuk (d) , anda mesti menjadi ahli Kmania yang sah di sisi undang-undang Kmania terlebih dahulu. Tapi, jangan gusar, anda boleh terus daftar di sini dan Kmania akan luluskan dengan segera.

*****************************************************************

Kami juga mengalu-alukan para pengiklan termasuk daripada syarikat-syarikat kecil untuk menggunakan platform CariKdrama Awards ini bagi tujuan mempromosikan produk anda , bergantung pada terma dan syarat tertentu. Kami bukan kelab berasaskan pada keuntungan, maka pihak pengiklan boleh membuat “sumbangan” terus ke kelab Kmania atas dasar kebaikan bersama. Boleh hubungi email kami, kmaniamy@gmail.com untuk lebih lanjut.

loading...