Drama MBN yang akan datang “Bad Memory Eraser” telah melancarkan poster utamanya!
“Bad Memory Eraser” merupakan drama percintaan yang mendebarkan tentang seorang lelaki yang hidupnya berubah kerana pemadam ingatan dan cinta pertamanya.
Kim Jaejoong akan memainkan watak Lee Kun, yang pernah menjadi pemain tenis yang handal tetapi hilang harga diri dan keyakinan selepas mengalami kecederaan. Jin Se Yeon akan memainkan watak pakar neuropsikiatri Kyung Joo Yeon, yang menjadi cinta pertama palsu Lee Kun melalui manipulasi ingatan. Walaupun keperibadiannya yang dingin menyebabkan dia mendapat jolokan “puteri ais”, dia sebenarnya kekok dalam meluahkan perasaannya kerana peristiwa yang menyakitkan di masa lalu.
Pertemuan Lee Goon dan Kyung Joo Yeon membawa mereka kepada hubungan cinta palsu yang menjadi teras cerita drama ini. Pada mulanya, mereka hanya berpura-pura menjalinkan hubungan untuk kepentingan peribadi. Namun, seiring berjalannya waktu, bibit-bibit cinta mula tumbuh di antara mereka.
Lee Jong Won akan memainkan watak adik Lee Kun, Lee Shin, yang merupakan pemain tenis No. 1 di dunia tetapi menyimpan luka emosi yang tersembunyi, manakala Yang Hye Ji akan melakonkan watak juru bahasa yang disayangi Lee Shin, Jeon Sae Yan.
Lee Goon yang bergelut menghadapi masa lalunya dan mencari identiti sebenar, Kyung Joo Yeon yang belajar membuka hati dan mengekpressikan perasaannya, dan Lee Shin (Lee Jong Won), adik lelaki Lee Goon yang berjaya sebagai pemain tenis nombor 1 dunia, menghadirkan pelbagai konflik menarik untuk diikuti.
Drama ini bukan sahaja menyajikan kisah cinta yang manis, malah turut menimbulkan persoalan tentang harga sebuah ingatan dan akibat terhapusnya masa lalu. Adakah benar-benar ada penyelesaian untuk melupakan kenangan buruk?
Poster yang baru dikeluarkan memaparkan empat peneraju utama drama yang duduk bersesak di atas sebuah sofa membayangkan kekusutan dan kerumitan yang akan berlaku antara watak-watak tersebut. Kelihatan Kyung Joo Yeon, Lee Shin dan Jeon Sae Yan tersenyum mesra melihat ke arah kamera, manakala Lee Kun yang terpesona tidak dapat melepaskan pandangannya dari Kyung Joo Yeon, yang secara tidak sengaja dia percaya adalah cinta pertamanya.
Kapsyen poster itu tertulis “Saya mempunyai kenangan yang ingin saya padamkan.”
“Bad Memory Eraser” ditayangkan perdana pada 2 Ogos ini menerusi rangkaian MBN.
Sumber : 1