3 Perkara Yang Menarik Perhatian Dalam “The Auditors”

Dengan tayangan perdana yang baru sahaja bermula, drama terbaru tvN “The Auditors” telah berkongsi tiga perkara yang ditunggu-tunggu!

“The Auditors” yang dibintangi oleh Shin Ha Kyun sebagai Shin Cha Il, adalah seorang ketua pasukan audit yang tegas dan bersikap dingin, yang mengutamakan pemikiran rasional berbanding emosi. Lee Jung Ha akan memainkan watak Gu Han Soo, seorang pekerja baru yang penuh emosi yang bertentangan dengan Shin Cha Il.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Keserasian yang menakjubkan antara barisan pelakon

Jangkaan penonton semakin meningkat kerana drama ini dibarisi pelakon yang luar biasa diketuai oleh Shin Ha Kyun dan Lee Jung Ha, yang mana kerjasama mereka amat dinanti-nantikan. Selain daripada mereka, Jin Goo sebagai Hwang Dae Woong dan Jo Aram sebagai Yoon Seo Jin akan memperkayakan cerita ini dengan bakat lakonan mereka yang unik.

Di samping itu, barisan pelakon sokongan – samada membawakan peranan sebagai penyeleweng atau mangsa, menampakkan siri ini dengan daya tarikan mereka yang pelbagai, sekaligus membuatkan penonton teruja untuk menyaksikan keserasian semula jadi antara semua pelakon.

2. Gabungan watak-watak yang berbeza

Dalam drama ini, Shin Cha Il merupakan ketua pasukan audit legenda di JU Construction yang berdiri teguh menentang kegawatan emosi dan mengutamakan rasional dalam pasukan auditnya. Keazaman dan sikap berkarisma beliau sangat berbeza dengan Gu Han Soo, seorang pendatang baru yang penuh belas kasihan yang didorong oleh kepercayaan. Dia menyimpan impian ke Amerika  Syarikat dan menyertai pasukan audit dengan matlamat akhirnya akan dihantar ke cawangan syarikat itu di Florida.

Walaupun perbezaan personaliti dan nilai mereka, perkongsian mereka berkembang apabila mereka berdepan dan mengatasi cabaran bersama-sama serta membina kepercayaan bersama.

3. Eksplorasi rasuah

Berlatarbelakangkan penyelewengan yang berleluasa dan salah laku korporat di JU Construction, “The Auditors” akan menjadi gambaran yang jelas tentang penyakit masyarakat masa kini. Menimbulkan isu seperti pengubahan wang haram dan penipuan dalam persekitaran pejabat, “The Auditors” bertujuan untuk memikat penonton sambil membangkitkan emosi apabila pelaku penyelewengan dihukum.

Siri ini juga akan menyelidiki minat yang saling berkaitan dalam kalangan mereka dalam syarikat, dengan ketegangan antara pasukan audit dan Naib Presiden Hwang Dae Woong menambah satu lagi lapisan tipu daya pada jalan cerita.

“The Auditors” mula ditayangkan pada 7 Julai menerusi tvN Asia [Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV | tonton] pada setiap Ahad dan Isnin, 9.15 Malam dan juga turut tersedia diplatform Viu Malaysia.