Barisan pelakon “Connection” ucap selamat tinggal dan kongsi adegan pilihan mereka

Dengan berakhirnya drama SBS “Connection”, barisan pelakonnya telah berkongsi perasaan mereka.

Ji Sung, yang membintangi drama itu sebagai detektif hebat Jang Jae Kyung, berkongsi, “‘Connection,’ yang merupakan projek lakonan pertama saya dalam jangka masa yang lama, adalah projek yang akan meninggalkan impak yang kuat dalam ingatan saya. Saya berasa sangat sedih kerana perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Jang Jae Kyung.”

Apabila diminta memilih adegan kegemaran, dia menjawab, “Sukar bagi saya untuk membuat satu pilihan. Setiap saat yang saya habiskan sebagai Jang Jae Kyung sangat berharga bagi saya.”

Ji Sung menyambung, “‘Connection’ merupakan drama di mana seluruh pelakon dan kru memberikan yang terbaik dengan harapan ianya dapat menyampaikan mesej unik kami. Saya harap ia adalah drama yang akan diingati penonton untuk jangka masa yang sangat lama.”

Jeon Mi Do, yang memegang watak sebagai wartawan yang lantang Oh Yoon Jin, mengulas, “Saya berasa sangat sedih kerana drama ini telah berakhir.”

Mengenai adegan kegemarannya dari drama itu, dia berkongsi, “Sukar untuk memilih hanya satu babak, tetapi secara peribadi, adegan di mana Jang Jae Kyung mengetuk pintu dan mengetahui bahawa Oh Yoon Jin mempunyai dadah terlarang dalam simpanannya meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Saya rasa imej Jang Jae Kyung yang bergelut untuk berhenti kerana ketagihan dadahnya digambarkan dengan cara yang menakutkan, jadi saya fikir ia benar-benar menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai betapa bahayanya dadah. Apapun, terima kasih kepada para penonton kerana menyayangi ‘Connection’ sehingga saat ini”

Kwon Yool, yang memainkan watak penjahat yang bercita-cita tinggi, Park Tae Jin, berkongsi kekesalannya kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada “Connection” dan rakan pelakonnya.

“Saya masih tidak percaya bahawa drama yang saya beri perhatian sepenuhnya di set dan penggambaran begitu gembira ini sudah berakhir. Saya harap kami dapat menjalani penggambaran lebih lama. Tambahan pula, ramai orang menikmati ‘Connection’ sehingga saya rasa lebih sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal,” katanya.

Apabila diminta untuk menamakan adegan yang dianggapnya paling diingati, Kwon Yool menjawab, “Oleh kerana para pelakon mempamerkan persembahan yang benar-benar hebat dalam setiap episod, ada beberapa adegan yang menakjubkan sehingga sukar untuk dipilih. Tetapi jika saya terpaksa memilih, saya fikir adegan saya bersama Won Jong Soo [Kim Kyung Nam] dan Oh Chi Hyun [Cha Yup] di tempat persembunyian adalah adegan terbaik.”

Dia menambah, “Saya ingin mengucapkan setulus terima kasih kepada penonton yang suka menonton watak Park Tae Jin dan bermurah hati memberikan kasih sayang dan minat yang tinggi kepada ‘Connection’ sehingga tamat.”


Kim Kyung Nam, yang memainkan watak sebagai Won Jong Soo, mendedahkan, “Saya menghabiskan setiap minggu dengan sabar menunggu [‘Connection’] disiarkan, jadi saya rasa sangat sedih kerana ianya sudah berakhir. Saya fikir ia menunjukkan betapa besarnya kasih sayang yang saya ada untuk mereka dengan saya dalam drama ini, serta betapa gembiranya saya sepanjang penggambaran.”

Pelakon itu juga memilih adegan dengan watak rakan sekelas sebagai kegemaran peribadinya, berkata, “Apabila cita-cita dan personaliti setiap rakan didedahkan, adegan itu penuh dengan ketegangan, jadi saya sangat menikmatinya semasa penggambaran dan juga semasa menontonnya. “

Dia menyambung, “Terima kasih kepada penonton yang telah menikmati ‘Connection’ dengan penuh minat.”

Akhir sekali, Jung Soon Won, yang memainkan watak Heo Joo Song, berkata, “Saya gembira dan bersyukur kerana ‘Connection’ menerima begitu banyak kasih sayang. Saya juga sangat seronok menonton ‘Connection,’ sehingga saya rasa sedih kerana episod akhir telah tiba. Saya rasa saya akan terus merindui ‘Connection’ buat sementara waktu.”

Mengenai adegan kegemarannya, diaberkongsi, “Adegan kegemaran saya ialah adegan di mana ‘Hulk Soo Jong’ menyelamatkan Oh Yoon Jin selepas dia berdepan dengan bahaya.”

Pelakon itu menyambung, “Saya berdoa agar saya cukup bertuah untuk bertemu satu lagi drama seperti ini, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan kasih sayang mereka [kepada ‘Connection’].”

 

Untuk pengetahuan, SBS “Connection” berakhir dengan rating penonton tertinggi sepanjang siarannya. Siri akhir  thriller hit itu mendapat tempat pertama dalam slot masanya dengan purata rating seluruh negara sebanyak 14.2%, menandakan pencapaian tertinggi sepanjang masa untuk drama itu. Sementara itu, drama “Connection” boleh ditonton menerusi ONE TV Asia, Astro Ch393 dan Astro Go pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9.45 malam.

Sumber : 1