Park Seo Joon, Jung Yu Mi, Dan Choi Woo Shik akan kembali bersama Lee Seo Jin untuk “Jinny’s Kitchen 2”

Program pelbagai popular “Jinny’s Kitchen” akan kembali dengan musim yang terbaru!

Pada 16 Februari, wakil tvN mengesahkan, “Park Seo Joon, Jung Yu Mi, dan Choi Woo Shik akan membintangi ‘Jinny’s Kitchen Musim 2 disamping Lee Seo Jin.’”

Manakala V BTS, satu-satunya pelakon lain dari musim pertama, yang kini sedang menjalani khidmat tentera.

Terdahulu, pada 15 Februari, SPOTV News melaporkan bahawa produksi “Jinny’s Kitchen” akan berlepas ke Iceland pada pertengahan Mac untuk memulakan penggambaran bagi Musim 2. Sekali lagi Lee Seo Jin, dan pelakon termasuk Park Seo Joon dilaporkan kembali mempamerkan kerja berpasukan yang lebih ketat dalam Musim 2.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari tvN mengesahkan, “‘Jinny’s Kitchen’ sedang menjalani penggambaran musim baharu. Walau bagaimanapun, demi kelancaran penggambaran, kami tidak dapat memaklumkan butiran yang lebih terperinci. Kami harap anda semua dapat memahami.”

“Jinny’s Kitchen” ialah siri spin-off rancangan realiti popular “Youn’s Kitchen” yang menampilkan restoran baharu yang dikendalikan oleh Lee Seo Jin yang dinaikkan pangkat daripada pengarah Youn’s Kitchen kepada bos restoran baharu itu. Dipimpin oleh Pengarah Penerbitan Na Young Suk, Musim 1 dibintangi oleh Park Seo Joon, Jung Yu Mi, Choi Woo Shik, dan V BTS sebagai pekerja restoran.

Nantikan kemaskini selanjutnya mengenai “Jinny’s Kitchen” Musim 2.

Sumber : 1 | 2

loading...