ENHYPEN rilis rakaman semula lagu BTS ‘I Need You’ di Spotify, dengan susunan baru Bang Si Hyuk

ENHYPEN telah merakamkan semula salah satu lagu popular BTS.

Pada 16 Februari, BELIFT LAB mengumumkan bahawa ENHYPEN akan mengeluarkan rakaman semula lagu hit BTS 2015 “I NEED U” untuk Spotify Singles (program di mana artis merakamkan versi baharu lagu mereka sendiri, rakaman semula artis lain atau lagu asal).

ENHYPEN akan menterjemahkan semula “I NEED U” dalam gaya unik mereka sendiri—dan berbeza dengan bunyi sintetik elektronik asal. Rakaman semula mereka akan akan menyerlahkan mood sentimental lirik lagu itu dengan bunyi instrumen akustik yang lembut, Lagu ini merupakan lagu yang disusun oleh pengasas dan penerbit HYBE Bang Si Hyuk. Kumpulan itu juga akan mengeluarkan persembahan tarian versi baharu mereka “I NEED U.”

[Kami memilih lagu ini kerana] kami mahu menunjukkan sisi baharu diri kami melalui lagu dan persembahan yang mempunyai aura sentimental. Kami semua menggemari lagu ini, jadi amat bermakna buat kami dapat meluahkan kisah cinta pertama K-pop kami melalui lagu ini.

Kami juga dengar bahawa ini adalah kali pertama penerbit Bang Si Hyuk bersetuju untuk menyusun semula salah satu lagu BTS. Jadi, kami sangat berbesar hati kerana beliau secara peribadi mengambil bahagian dalam penyusunan semula itu.

– ENHYPEN

ENHYPEN ialah kumpulan pertama yang mengeluarkan muzik Spotify Singles dengan tema My First K-Pop Crush. Selepas ini, Spotify Singles akan bekerjasama dengan dua lagi artis K-Pop tahun ini dengan tema  yang sama.

Versi baharu ENHYPEN “I NEED U” telah dikeluarkan pada jam 1 tengah hari KST pada 16 Februari menerusi Spotify Singles. Jom dengarkannya di Spotify!


loading...