Mengejutkan ramai orang, Kwon Nara dan Joo Won menangis ketika sesi bacaan skrip drama “Midnight Photo Studio”

“Midnight Photo Studio” terbitan rangkaian ENA sedang bersiap sedia untuk tayangan perdananya dengan berkongsi suasana di sebalik tabir pada sesi pembacaan skrip drama itu!

Pada 15 Februari, “Midnight Photo Studio” berkongsi foto dan rakaman daripada sesi membaca skrip mereka. Selain pengarah Song Hyun Wook dan penulis skrip Kim Ah Rang, pelakon Joo Won, Kwon Nara, Yoo In Soo, dan ramai lagi menghadiri pembacaan skrip.

“Midnight Photo Studio” menceritakan kisah yang mendebarkan lagi misteri tentang sebuah studio foto professional yang dikhususkan untuk memotret roh orang yang telah meninggal dunia. Ia berkisar tentang interaksi antara jurugambar  dan seorang peguam yang bersemangat semasa mereka mengharungi sempadan antara hidup dan mati pada malam yang menyejukkan dengan kehadiran tetamu yang luar biasa.

Semasa pelakon membaca skrip dan melakonkan peranan mereka, kebanyakan mereka menangis dan mula menangis teresak-esak. Peminat mula membuat spekulasi tentang penceritaan drama ini yang menyebabkan pelakon begitu patah hati. Tambahan, ia juga luar biasa untuk menyaksikan bagaimana pelakon membawa diri mereka menghayati  peranan sejak hari pertama lagi, yang menunjukkan mereka mempunyai ikatan semula jadi dan keserasian antara satu sama lain.

Joo Won akan memainkan watak Seo Ki Joo, jurugambar studio tengah malam yang juga bos ketujuh studio itu. Walaupun Seo Ki Joo bermimpi untuk mengekalkan keseimbangan kehidupan dan kerja, dia tetap ikhlas apabila mengambil gambar tetamunya. Dengan penuh kasih sayang terhadap wataknya, Joo Won secara dinamik menggambarkan Seo Ki Joo yang berdiri di persimpangan antara hidup dan mati akibat sumpahan.

Kwon Nara akan membawakan watak peguam Han Bom. Walaupun pernah berada dipuncak kejayaan, dia berdepan masalah ekonomi selepas meletak jawatan kerana tidak lagi dapat menerima kes. Kwon Nara membawa dirinya menyelami watak Han Bom, malah menangis semasa membaca skrip dan sekaligus meningkatkan jangkaan ramai  dengan lakonannya yang penuh keterujaan.

Yoo In Soo memegang watak sebagai Penolong Pengurus Go di studio foto. Pada tahun ketiga menjadi hantu, Penolong Pengurus Go bekerja di studio foto yang hanya dibuka pada waktu malam. Yoo In Soo menghidupkan set dengan tenaganya yang hebat.

Eum Moon Suk pula sebagai pekerja baharu studio foto itu, Baek Nam Goo, Lee Bom Sori melakonkan watak kawan rapat Han Bom iaitu Kim Ji Won, dan Kim Young Ok memainkan watak nenek Ham Bom, So Geum Soon.

Pasukan produksi berkongsi, “[Keserasian] adalah sempurna walaupun ini kali pertama mereka bekerja bersama. Pada hari ini, suasana dipenuhi tawa dan air mata yang tidak berkesudahan di set. Nantikan persembahan hebat mereka kelak”

“Midnight Photo Studio” ini akan diarahkan oleh pengarah Song Hyun Wook dari “Another Oh Hae Young,” “Beauty Inside,” “Graceful Friends,” “Undercover,” “The King’s Affection,” dan “The Golden Spoon.” Manakala skripnya dinukil oleh Kim Yi Rang. Drama ini akan ditayangkan pada 11 Mac, 10 malam KST menerusi rangkaian ENA.

Ini pula merupakan poster pertama drama “Midnight Photo Studio.”

Dalam poster yang baru dikeluarkan, Joo Won bertukar menjadi Seo Ki Joo, pemilik studio foto misteri, Midnight Photo Studio. Seo Ki Joo berdiri disamping sebuah kamera pelik dan unik sambil mempamerkan senyuman yang menawan. Foto yang agak luar biasa tergantung di dinding serta teks yang berbunyi, “Dibuka hanya pada waktu malam,” meningkatkan rasa ingin tahu penonton. Sebagai jurugambar, Seo Ki Joo bercadang untuk mengambil gambar tetamunya di akhir hayat mereka dan sebelum mereka kembali kepada penciptanya dengan selamat.

Sumber : 1

loading...