BLACKPINK perbaharui kontrak eksklusif untuk aktiviti berkumpulan dengan YG Entertainment

Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa BLACKPINK akan meneruskan aktiviti kumpulan mereka dengan YG Entertainment!

Pada 6 Disember, YG Entertainment mengumumkan, “Selepas perbincangan yang teliti dengan BLACKPINK, kami menandatangani kontrak eksklusif untuk aktiviti kumpulan berdasarkan kepercayaan yang mendalam.”

Penerbit eksekutif YG Entertainment Yang Hyun Suk berkata,

Kami gembira dan berbesar hati dapat meneruskan hubungan kami dengan BLACKPINK. BLACKPINK akan terus melakukan yang terbaik untuk bersinar lebih cerah dalam pasaran muzik global sebagai artis yang mewakili bukan sahaja agensi kami tetapi juga K-pop, dan kami sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kami yang tidak berbelah bahagi untuk masa depan mereka.

Dengan sokongan YG, BLACKPINK merancang untuk membalas kasih sayang peminat di seluruh dunia dengan mengeluarkan muzik baharu dan mengadakan siri jelajah dunia berskala besar.

Sejak kontrak mereka sebelum ini tamat pada bulan Ogos, perbincangan telah dijalankan dengan YG Entertainment. Walaupun telah diputuskan untuk meneruskan aktiviti kumpulan, kontrak individu masih dirundingkan dengan setiap ahli mengikut sumber K-media.

Dalam perkembangan berasingan, pada hari yang sama, YG Entertainment menyaksikan lonjakan ketara dalam harga sahamnya, didagangkan pada 58,000 won sesaham, menandakan peningkatan yang luar biasa sebanyak 10,000 won (20.83%) daripada hari dagangan sebelumnya.

Lonjakan harga saham YG Entertainment ini berlaku serta-merta selepas pengumuman rasmi pembaharuan kontrak dengan kumpulan BLACKPINK. Harga saham, yang sebelum ini merosot ke dalam julat 40,000 won disebabkan ketidaktentuan mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK, membuat lantunan yang kuat dan menghampiri julat 60,000 won.

Tahniah, dan semoga yang terbaik untuk BLACKPINK dimasa hadapan!

loading...