Stray Kids pecah rekod di Amerika Syarikat, album ‘Oddinary’ debut no.1 di dalam carta Billboard 200

Stray Kids mencipta kejayaan berterusan, kali ini di bumi Amerika Syarikat pula.

Album ‘Oddinary’ keluaran Stray Kids telah memperolehi jualan sekitar 103,000 unit di dalam seminggu menurut Billboard, sekaligus meraih jualan album terlaris di Amerika Syarikat untuk minggu ini dan ‘debut’ no.1 di dalam carta Billboard 200. Dengan jumlah sebanyak itu, Stray Kids telah memecahkan rekod apabila menjadi artis pertama yang berjaya memperolehi jualan album terbanyak di dalam seminggu sepanjang awal pertengahan tahun 2022 ini.

Menurut Billboard, Oddinary telah berjaya mendapatkan mata sebanyak 110,000 dengan jualan sebanyak 103,000 unit diperolehi kesemuanya selain daripada 10.09 juta penstriman dan TEA sebanyak 500 unit. Album ini dipasarkan di Amerika Syarikat menerusi kerjasama antara JYP dengan Imperial/Republic Records.

Serentak dengan itu, Stray Kids kini boleh berbangga apabila mengekori kejayaan yang pernah dilakarkan oleh dua kumpulan kpop seangkatan iaitu BTS dan Super M. BTS setakat ini pendukung no.1 terbanyak di dalam carta Billboard 200.

‘ODDINARY’ ialah gabungan ‘Odd’ dengan ‘Ordinary’ yang membawa maksud orang yang normal kebanyakannya mempunyai sisi yang aneh. ‘ODDINARY’ menampilkan lagu Maniac sebagai single utama. Turut dilaporkan sebelum ini bahawa pembelian awal album ini telah melebihi 1.3 juta unit, sekaligus membuktikan pengaruh besar Stray Kids di Korea dan juga serata dunia.

Sumber: Billboard

loading...